Thursday, 10 March 2016

Selamat Datang ke www.anwarsuran.com


Assalamualaikum wbt,

Selamat datang ke website www.anwarsuran.com! Segala informasi penting mengenai metafizik akan ditulis di dalam website ini adalah dari sudut perspektif Islam insyaAllah. Saya akan susun cara penulisan dengan sebaiknya agar mampu memberi kefahaman yang mudah serta menarik minat pembaca tidak kira usia apa pun.

Bidang metafizik ini amatlah meluas sekali sehingga tidak tercapai akal. Logik pemikiran rakyat Malaysia adalah; apabila disebut sahaja istilah metafizik mesti ramai yang terfikir mengenai kiraan nombor tarikh lahir sedangkan skop metafizik bukanlah sekadar pernomboran semata-mata. Justeru, bidang pernomboran adalah skop yang paling kecil di dalam dunia metafizik jadi saya akan kurangkan menulis mengenai itu.

Di website ini saya akan tekankan mengenai metafizik kerohanian, energi dan aura kerana inilah skop yang paling utama di dalam dunia metafizik. Oleh kerana bidang metafizik adalah sesuatu yang membatasi hukum fizik dan tidak boleh pula dikaji di makmal, maka saya harap anda semua jangan sumbatkan minda anda dengan berfikiran negatif terhadap segala apa yang ditulis oleh saya di sini.

Segala ilmu dan kebaikan datangnya daripada Allah SWT, dan segala kelemahan pula adalah datangnya dari diri saya sendiri. Saya adalah manusia biasa yang melakukan dan terlakukan banyak khilaf, jadi sama-sama kita belajar dan terus belajar sehingga kita semua menutupkan mata untuk kali terakhir insyaAllah. Apa-apa pun, boleh hubungi saya di talian 010-9199110 samada untuk pengijazahan atau rawatan metafizikSekian, terima kasih!


Share:

0 comments:

Post a Comment

Penulisan Popular

Ikuti Facebook Saya