Saturday, 22 September 2018

Keilmuan - Aji Rajah Kalachakra


Keilmuan | Aji Rajah Kalachakra (Malaysia)



Apakah Aji Rajah Kalachakra?

Aji  Rajah Kalachakra merupakan satu displin ilmu metafizik yang berguna untuk menyerap tenaga-tenaga (khasiat) dari sesuatu ilmu dan amalan lain lalu masuk ke dalam tubuh kita. Bagaimanakah itu? Contohnya begini; jika seseorang itu selalu bersolat dhuha maka Allah SWT akan memberikan kelebihan kepada orang tersebut iaitu dengan memberikan ganjaran pahala di akhirat (kerana amalannya) dan juga khasiatnya di dunia. Insan yang memiliki keilmuan Aji Rajah Kalachakra pula insyaAllah akan mampu menyerap khasiat tersebut tanpa melakukan solat dhuha pun tetapi harus diingati, pahala amalannya kita tidaklah dapat. 

Pengamal ilmu Aji Rajah Kalachakra akan memiliki tenaga positif yang sangat tinggi di dalam tubuhnya dan akan memiliki pelbagai manfaat zahir dan batin insyaAllah. Dahulunya Aji Rajah Kalachakra memerlukan 'gambar rajah', tetapi kini tidak perlu lagi. Apa yang harus kita pegang adalah, segalanya kerana izin Allah Taala iaitu tuhan yang maha kuasa lagi maha esa.


Apakah kelebihan insan yang memiliki Aji Rajah Kalachakra?

Pengaktifan Aji Rajah Kalachakra memiliki banyak kegunaan, khasiat dan manfaat.  Aura seseorang yang memiliki aji rajah kalachakra sangatlah terang sehingga akan banyak orang yang suka kepadanya. Secara tidak langsung, aura dari aji kalachakra membuat pelbagai urusan duniawi kita menjadi mudah. Misalnya lancar di dalam usaha, mudah dalam berunding di dalam perniagaan, memiliki tenaga penunduk dalam setiap perkataan dan ucapan. Beberapa khasiat di bawah, hanya sedikit dari ribuan manfaat Aji Rajah Kalachakra itu sendiri.

1. Urusan seharian sentiasa dipermudahkan Allah SWT,
2. Rezeki di dalam perniagaan semakin meningkat tinggi,
3. Mampu menjadi seorang pemimpin yang wibawa,
4. Memiliki jaringan perniagaan yang luas dan pantas,
5. Mudah mendapat kepercayaan dari orang lain,
6. Memiliki pendinding diri dari ancaman ghaib (jin, sihir dll),
7. Rezeki yang semakin melimpah ruah,
8. Memiliki pancaran aura wibawa tingkat tinggi,
9. Disenangi dan disayangi ramai orang,
10. Membuatkan pasangan semakin mencintai,
11. Dan ribuan khasiat dan manfaat Aji Rajah Kalachakra.


Bolehkah pengamal Aji Rajah Kalachakra mengalirkan tenaga positif ke tubuh orang lain dan objek?

Iya, boleh sahaja. Sama sahaja seperti pengamal keilmuan kundalini reiki, tenaga dalaman illahi (tendai) dan lain-lain. Hanya perlu berniat sahaja untuk alirkan tenaga positif beserta hajat lalu halakan tangan kepada tubuh insan atau objek yang ingin diberikan tenaga positif itu samada jarak dekat atau jarak jauh.


Adakah keilmuan ini adalah bertentangan dengan ajaran Islam?

Jika mereka yang pertama kali mendengar keilmuan ini sudah tentu akan mengatakan ianya tahyul, khurafat, syirik dan pelbagai hukum yang akan dijatuhkan (kerana ceteknya ilmu). Mungkin nama 'Aji Rajah Kalachakra' itu sendiri dalam bahasa sanskrit menyebabkan ramai orang ingat ianya ilmu para dukun  dan tok bomoh padahal tiada kena mengena.

Sebenarnya Aji Rajah Kalachakra adalah sama sahaja sepertimana displin ilmu metafizik yang lain. Tiada ritual-ritual atau mentera-mentera yang merapu-rapu. Jika dicari di dalam internet, sudah tentu kita akan menemui hasil-hasil tulisan banyaknya dari warga Indonesia yang merepek-repek. Maaf katalah, anda faham-faham sahajalah Islam di Indonesia bagaimana, berkahwin pun bercampur-campur antara agama, malah melebihkan adat berbanding Islam itu sendiri. 

Sedangkan untuk mengaktifkan Aji Rajah Kalachakra di dalam diri, kita perlu membaca ayat kursi, perlu istigfar, perlu berdoa kepada Allah SWT dan lain-lain berkaitan Islam. Jadi, ianya tidak bertentangan dengan Islam pun.  Usahlah terpengaruh dengan nama ilmu ini, kebetulan pula ianya bahasa sanskrit.

Tidak perlu juga bertanya kepada ustaz syarie melainkan ustaz syarie itu pernah mengambil bidang fizik kuantum mekanik atau kejuruteraan bioperubatan.


Bagaimana cara untuk aktifkan Aji Rajah Kalachakra di dalam diri?

Mudah sahaja, anda hanya perlu membayar wang mahar sebanyak RM150, saya akan memberi penyelarasan tenaga ke dalam diri anda secara jarak dekat ataupun jarak jauh dan perlu mengikuti langkah-langkah seterusnya yang ambil masa tidak sampai 30 minit pun. 

Saya harap anda gunakan ilmu ini dengan tujuan mencari keredhaan Allah SWT, bukannya sebab duniawi semata-mata. Ilmu ini hak milik Allah SWT, janganlah setelah memiliki ilmu ini tetapi lalai dari mengingati Allah SWT. Dialah yang memberi kuasa, hati perlu bersih dan suruhan Allah SWT  seperti solat, puasa, keluarkan zakat tolong jangan ditinggalkan.

Mahar: RM150
Hubungi: Anwar Suran | 010-919 9110

Share:

0 comments:

Post a Comment

Penulisan Popular

Ikuti Facebook Saya