Tuesday, 25 September 2018

Keilmuan - Hikmah Hizib



Keilmuan | Hikmah Hizib (Malaysia)



Apakah Maksud Hizib?


Hizib merupakan kumpulan zikir dan doa yang disusun oleh para wali dan ulama bagi murid-muridnya sebagai tatacara untuk mengingati dan menyebut nama-nama Allah (zikir), memohon ampun dan bertaubat kepadaNya, serta juga sebagai sanjungan, pujian dan syukur kepada Allah swt. Tujuan lain Hizib disusun agar para murid sentiasa menghadirkan Allah SWT dalam keseluruhan hidupnya dan tidak ada sifat ghaflah (lalai) sekalipun walaupun satu nafas. Penyusun Hizib selalunya dikaitkan dengan tokoh pengasas atau pemimpin aliran tasawuf, sufi atau tarekat.

Di dalam bacaan Hizib terdapat banyak doa dan zikir yang diambil dari ayat-ayat suci Al-Quran serta doa-doa ma'tsur daripada Rasulullah SAW, termasuk juga doa yang tidak ma’tsur yang mana semuanya diperbolehkan. Sebahagian ulama menyamakan antara wirid dengan Hizib, iaitu setiap zikir atau doa yang dibacakan setelah solat wajib/fardhu. Untuk mengamalkan Hizib ini, anda perlulah mendapatkan pengijazahan dahulu daripada gurunya serta membayar maharnya. AMARAN: berhati-hati dalam memilih guru dan hizib di internet kerana dikhuatiri ianya tidak mempunyai sanad dan manfaatnya pula adalah dari bantuan jin.


Apakah Manfaat Insan Yang Mengamalkan Hizib?


Manfaat dari amalan membaca Hizib adalah pelbagai dan ianya bergantung di atas jenis-jenis hizib tersebut. Ini adalah kerana, hizib ada terlalu banyak jenisnya dari pelbagai wali/guru yang menciptakannya contohnya; ada yang digunakan untuk pertahanan diri, ada yang digunakan untuk merawat gangguan jin jahat pada diri dan orang lain, ada yang digunakan untuk pesona diri, ada untuk wibawa dan kepimpinan, ada berguna sebagai aura penarik rezeki dan sebagainya. Amalan Hizib adalah sangat berbeza berbanding amalan-amalan lainnya.

Untuk mengamalkan sesuatu bacaan Hizib, harus memperhatikan tatacara atau aturan tertentu untuk mengamalkan dan memanfaatkannya. Tentunya tatacara tersebut berbeza di antara guru dengan guru-guru lainnya. Selain beberapa manfaat yang disebutkan di atas tentunya masih banyak lagi manfaat atau hikmah yang akan anda dapatkan setelah memiliki pengijazahan untuk amalan hizib ini.


Kenapa Bacaan Hizib Ini Perlu Diijazahkan Dahulu Oleh Guru Baru Berkesan?


Di antara adab membaca Hizib ini adalah adanya izin dari guru atau wakil dan dikenali dengan nama pengijazahan. Di antara keutamaan lainnya adalah untuk keberkahan (littabarruk), kerana dengan adanya ijazah tersebut kita bersambung dengan guru-guru lain sebelumnya yang meriwayatkan doa atau Hizib tersebut sehingga akhirnya bersambung kepada yang membuat Hizib tersebut. Nabi Musa AS sendiri pun memohon Nabi Khaidir AS agar membenarkan dan mengizinkan untuk mempelajari ilmu-ilmu daripada Nabi Khaidir AS berdasarkan ayat di bawah;

"Musa berkata kepada Khidhir: "Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu?" (QS. AL Kahf [18]: 66).


Bagaimanakah Cara Untuk Memiliki Hizib Ini?


Setiap Hizib biasanya memiliki fungsi, ciri-ciri dan keunikannya masing-masing. Anda boleh memilih amalan/bacaan Hizib yang sesuai dengan keinginan anda. Namun, apabila anda tidak tahu untuk memilih Hizib apakah yang sesuai dengan diri anda, anda boleh berunding dengan saya melalui email atau whatsapp. Saya akan memberikan saranan yang terbaik, amalan Hizib mana yang sesuai untuk anda sebagaimana di bawah;

1. Hizib - Yassin | Syekh Abdul Qadir Al-Jailani
Hizib yassin ini disusun pendek sahaja, hanya tawasul Al-Fatihah, ayat-ayat Al-Quran dan beberapa zikir dan potongan ayat Yassin. Selain bertujuan untuk mendapat redha Allah SWT, insyaAllah Hizib ini berkesan sebagai bacaan untuk merawat diri dan orang lain dari gangguan jin jahat (termasuk jin saka) yang terkutuk, membersihkan darah-darah yang kotor, membangkitkan daya kasih sejati insan di sekeliling, membersihkan hati agar lebih mengingati Allah SWT, mendapat pelbagai ilham dan ilmu dengan pantas dan juga menajamkan lagi intuisi (gerak hati). Hizib ini turut menjadikan diri kita dijauhi orang yang negatif serta berniat jahat dan didekati pula oleh orang-orang yang positif.
Mahar: RM150

2. Hizib - Sayyidul Istigfar | Syekh Abdul Qadir Al-Jailani
Hizib Sayyidul Istigfar ini juga disusun pendek sahaja, hanya tawasul Al-Fatihah, beberapa surah Al-Quran, zikir-zikir dan juga Sayyidul Istigfar. Selain bertujuan untuk mendapat redha Allah SWT, insyaAllah Hizib ini berkesan sebagai bacaan untuk memiliki ilmu metafizik atau spiritual seperti meraga sukma (astral projection), terawangan (telepathy), tubuh akan terdinding daripada gangguan jin jahat yang terkutuk, setiap kesedihannya akan diberikan jalan keluar, untuk setiap kesempitannya akan diberikan kelapangan dan juga dilimpahi rezeki (yang halal) dari arah yang tidak disangka-sangkanya.
Mahar: RM200

3. Hizib  - Autad | Syekh Abdul Qadir Al-Jailani
Selain bertujuan untuk mendapat redha Allah SWT, Hizib Autad ini disusun bagi mereka yang ada masalah tertentu dan juga bagi mereka yang memiliki sesuatu hajat dan sangat berharapkan ianya dimakbulkan oleh Allah SWT dengan cepat InsyaAllah. Dengan mengamalkan Hizib ini juga boleh menyebabkan impian anda selama ini menjadi kenyataan. Oleh itu, lakukanlah ikhtiar secara rohani yang sangat besar hikmah dan manfaat dimana telah terbukti oleh ramai orang yang sudah mencuba Hizib ini dan ianya berhasil. Lakukanlah munajat kepada Allah SWT dengan Hikmah Hizib Autad ini. Dengan mendapatkan ijazah Hizib Autad ini, raihlah cita-cita anda, capailah keinginan anda InsyaAllah!
Mahar: RM250

Hubungi:  Anwar Suran | 010-919 9110


Share:

0 comments:

Post a Comment

Ikuti Facebook Saya