Tuesday, 25 September 2018

Keilmuan - Ilmu Laduni


Keilmuan | Ilmu Laduni (Malaysia)



Apakah Ilmu Laduni?


Ilmu Laduni adalah ilmu yang memiliki manfaat menjadikan seseorang itu mendapatkan ilmu atau sesuatu pengetahuan tanpa proses pembelajaran. Pengertian tersebut seakan-akan mustahil dan sulit untuk dipercayai. Inilah kurniaan Allah SWT sebagai bukti di atas kekuasaan-Nya dengan menciptakan pelbagai ilmu. Anda boleh mendapat pengijazahan ilmu Laduni ini secara jarak jauh mahupun jarak dekat.

Ilmu Laduni bukanlah jalan pintas bagi mereka yang ingin mendapatkan suatu pengetahuan secara segera. Justru sebaliknya, ilmu Laduni khas untuk mereka yang gemar mempelajari ilmu-ilmu baru dan memaksimakan apa yang telah dipelajarinya. Ini disebabkan pemilik ilmu Laduni insyaAllah memiliki ilham dari Allah SWT, kreativiti dan kemampuan yang tinggi di dalam mempelajari sesuatu hal secara pantas dalam menghubungkan pemikirannya dengan pengatahuan yang maha luas meskipun proses pembelajarannya yang sangat minima sekalipun.


Apakah Kelebihan Insan Yang Memiliki Ilmu Laduni?


Ilmu Laduni yang juga disebut dengan ilmu Mukasyafah adalah pengetahuan yang diperoleh seseorang dari Allah SWT. Dengan demikian, ilmu Laduni bukanlah hasil mempelajari suatu ilmu pengetahuan secara yang kita pelajari sebelum ini, ia merupakan ilham yang diletakkan ke dalam jiwa orang-orang mukmin yang bersih hatinya malah beliau adalah pilihan Allah SWT. Ini adalah kerana, kemampuan untuk menangkap dan memahami sesuatu perkara hanya dapat dimiliki dengan hati yang bersih dan ikhlas serta ilmu yang 'arif, sebab hati yang bersih serta ikhlas dapat berkomunikasi dengan sumber ilmu iaitu Allah SWT Yang Maha Pemilik Ilmu.

Di bawah ini adalah antara manfaat-manfaat jika memiliki ilmu Laduni. Hasil dan manfaat yang dirasakan pada setiap orang adalah berbeza-beza, bergantung kepada individu:

1. Mempertingkatkan kekuatan naluri/intuisi,
2. Membantu mempertajam pandangan mata ketiga,
3. Memiliki kreativiti tinggi di dalam segala bidang,
4. Tidak perlu banyak usaha/belajar untuk menguasai sesuatu ilmu,
5. Membantu dalam permudahkan proses belajar-mengajar,
6. Boleh menghasilkan pelbagai ilmu pengetahuan,
7. Memudahkan menerima petunjuk atau ilham,
8. Meningkatkan sifat zuhud yang menyucikan hati dan fikiran,
9. Membuka pintu ilmu hikmah sehingga mudah belajar ilmu hikmah,
10. Meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kepada Allah SWT,
11. Menjadikan hati tentram, damai dan tenang,
12. Membantu memudahkan diri anda dalam kejayaan.

Selain beberapa manfaat yang disebutkan di atas tentunya masih banyak lagi manfaat atau hikmah yang akan anda dapatkan setelah memiliki Ilmu Laduni.


Adakah Keilmuan Ini Adalah Bertentangan Dengan Ajaran Islam?


Ada beberapa kisah tentang orang-orang istimewa yang memiliki Ilmu laduni. Sejak zaman Rasulullah SAW saehinggalah sekarang, ada ramai orang yang tercatat memiliki ilmu Laduni semasa hidupnya. Jika anda tertarik untuk mengamalkan ilmu Laduni, maka alangkah baiknya anda membaca beberapa kisah-kisah mereka yang telah memiliki Ilmu Laduni sebelum anda ini. Diantaranya  adalah seperti di bawah di bawah:

1. Abu Bakar Ash-Shiddiq
Tahukah anda bahawa Abu Bakar Ash-Shiddiq menangis dan berduka ketika mendengar bahawa Islam telah disempurnakan? Kedukaan ini dirasakan Abu Bakar sebab dialah yang pertama kali menyedari bahawa sempurnanya Islam bererti telah dekatnya masa perpisahan umat Islam dengan Rasulullah. Abu Bakar dianggap mampu melihat masa depan kerana beliau tahu jauh lebih awal perihal akan kembalinya Nabi Muhammad SAW kepada Allah SWT. Abu Bakar juga secara tepat menyebutkan jantina anak perempuannya yang masih berada di dalam kandungan. Bukan hanya itu, Abu Bakar Ash-Shiddiq juga dikenal sebagai ahli tafsir mimpi. Salah satunya adalah mimpi Aisyah tentang tiga bulan sabit, mewakili tiga orang terbaik di muka bumi yang akan dikebumikan di kediamannya.

2. Umar bin Khattab
Pernah suatu ketika, Umar bin Al-Khattab melihat pertempuran yang terjadi di daerah Nahawand, Teluk Persia. Padahal ketika itu Umar tengah berada di Madinah yang jauhnya ribuan kilometer dari medan perang tersebut. Umar juga pernah memperingatkan seseorang yang baru sahaja dikenalinya tentang musibah kebakaran yang menimpa keluarga orang itu. Peringatan tersebut ternyata benar sekali.

3. Abdullah bin Abbas
Sepupu Nabi Muhammad SAW ini dikenali sebagai insan yang memiliki Ilmu Laduni disebabkan kemampuannya dapat melihat Malaikat Jibril dalam dua kesempatan, sementara orang lain yang saat itu juga sedang bersama Rasulullah tidak pula dapat melihatnya.

4. Abdullah bin Mas'ud
Ilmu Laduni yang dimiliki Abdullah bin Mas'ud muncul dalam wujud keteguhan, keberanian dan kemahuan tertinggi. Ini terbukti di antaranya ketika beliau dengan lantang membaca Al-Quran di tengah keramaian orang-orang kafir Quraisy dan Abu Jahal juga tewas ditangan beliau ketika dalam perperangan Badar.

5. Syekh Abdul Qadir Jailani
Syekh Abdul Qadir Al-Jailani pernah bertemu sejumlah ulama Iraq yang semuanya melontarkan pelbagai pertanyaan dan persoalan yang agak sama. Kemudian terpancarlah cahaya dari dadanya dan ketika itu juga dijawabnya keseluruhan pertanyaan tadi. Ulama-ulama Iraq tersebut merasa hairan terhadap kehebatan ilmu yang beliau miliki. Sejak dari itulah Syekh Abdul Qadir Al-Jailani dipercayai memiliki ilmu Laduni.


Berapakah Cara Untuk Memiliki Ilmu Laduni?


Jika anda berminat untuk mendapatkan Ilmu Laduni, anda hanya perlu membayar wang mahar sebanyak RM300 sahaja, saya akan melakukan proses pengijazahkan kepada anda secara jarak dekat ataupun jarak jauh dan diberikan juga buku panduan.

Mahar: RM300
Hubungi:  Anwar Suran | 010-919 9110

Share:

0 comments:

Post a Comment

Penulisan Popular

Ikuti Facebook Saya