Monday, 24 September 2018

Keilmuan - Kundalini Reiki



Keilmuan | Kundalini Reiki (Malaysia)



Apakah Kundalini Reiki?


Kundalini Reiki adalah keilmuan metafizik yang berasal dari Jepun dan telah di majukan lagi oleh barat. Maksud 'Kundalini' yang berbahasa sanskrit di dalam bahasa melayu adalah segala isi inti roh di bahagian tulang sulbi manusia. Ini adalah kerana, di tulang sulbi itulah terletaknya pusat tenaga paling kuat di dalam diri manusia. Reiki pula berasal dari dua kata iaitu 'Rei' yang berarti jiwa dan 'Ki' yang berarti Energi. Maka makna Kundalini Reiki adalah 'tenaga terkuat segala isi inti roh'. 

Kundalini Reiki memiliki pelbagai fungsi dan paling utama adalah digunakan untuk proses penyembuhan diri dan membangkitkan potensi diri yang paling maksima tanpa kita sedari. Tenaga Kundalini Reiki diserap dari alam semulajadi persekitaran kita (bumi) lalu masuk ke dalam chakra dasar di dalam tubuh manusia dan keluar melalui chakra mahkota di puncak kepala manusia. Ketika menyalurkan tenaga positif Kundalini Reiki, kita hanya merasa getaran tenaga selama 5-minit hingga 7-minit sahaja kemudian getaran tenaga tersebut akan berhenti sendiri.


Apakah Kelebihan Insan Yang Memiliki Keilmuan Kundalini Reiki?


Keilmuan Kundalini Reiki memiliki pelbagai fungsi dan ianya tiada langsung perkaitannya dengan jin, syaitan, khadam dan lain-lain. Segalanya adalah berkaitan sains metafizik 100%. Secara tidak langsung, keilmuan ini menambah rasa keimanan kita kepada Allah SWT, nilai ibadat kita dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa seterusnya dapat meningkatkan kepercayaan pada diri sendiri. Di bawah ini adalah beberapa kelebihan jika kita memiliki ilmu Kundalini Reiki;

1. Diri kita akan terpancar aura positif yang sangat kuat!
2. InsyaAllah akan dilimpahi rezeki yang tidak putus-putus,
3. Terdinding dari diganggu oleh jin-jin jahat yang terkutuk,
4. Menambahkan kecerdasan fizikal , mental, emosi dan rohani,
5. Meningkatkan kewibawaan diri, disegani, dikasihi oleh ramai orang,
6. Memiliki kesihatan yang baik, awet muda dan minda yang cerdas,
7. Boleh mengubati  diri dan orang lain samada penyakit medic dan non-medic,
8. Akan memiliki pelbagai ilmu lain tanpa anda beria-ria mencarinya,
9. Naluri dan gerak hati menjadi semakin tajam!
10. Mudah mendapat ilham dan ilmu secara sebalik tabir,
11. Boleh memagari rumah dan kawasan,
12. Boleh memasukkan tenaga Reiki ke dalam objek.


Adakah Keilmuan Ini Adalah Bertentangan Dengan Ajaran Islam?


Pada masa kini, terdapat banyak kajian-kajian berkaitan tenaga dalaman manusia di pelbagai universiti dari seluruh dunia. Contohnya, banyak universiti telah mengkaji mengenai bio-field, aura diri, frekuensi dan lain-lain. Jadi, ia adalah berkaitan sains fizik mekanik kuantum mengenai diri manusia itu sendiri dan persekitarannya. 

Kundalini Reiki sesekali tidak akan mengubah pegangan akidah atau pegangan sesuatu agama atau adat sesuatu kaum ditambah pula dengan pola latihan yang mudah tanpa berhubung dengan ritual sesuatu agama, adat resam sesuatu kaum malah tanpa menggunakan kuasa ghaib jin, khadam, syaitan, azimat atau lain-lain bantuan. Jika ada orang yang terpesong akidah, bermakna diri orang itu sendiri yang bermasalah dan tiada kaitan pun dengan keilmuan metafizik itu sendiri.


Berapakah Peringkat Di Dalam Kundalini Reiki?


Kundalini Reiki memiliki 3-kumpulan peringkat (level) bergantung kepada mahar yang mereka mampu bayar ketika ingin menyelaraskannya ke dalam tubuh. Paling rendah adalah Kundalini Reiki peringkat 1,2,3 kemudian Kundalini Reiki peringkat booster 1,2,3,4,5,6,7 dan terakhir adalah peringkat Gold Reiki 1,2,3. Berikut adalah huraian setiap jenis peringkat Kundalini Reiki:

1. Kundalini Reiki - Peringkat 1,2,3
Kundalini Reiki pada peringkat 1,2,3 adalah bertujuan untuk mengaktifkan dan juga membersihkan keseluruhan chakra-chakra di dalam tubuh (mungkin banyak yang tersumbat). Pada peringkat ini anda telah pun boleh merawat diri sendiri atau orang lain menggunakan aura penyembuhan samada secara jarak dekat mahupun jarak jauh.  Anda juga boleh memberi penyelarasan terhadap batu-batu dan kristal agar bertindak sebagai saluran reiki auta pemancar aura reiki. Setiap peringkat perlu jalani latihan selama 25-minit. Anda juga boleh memberikan penyelarasan Kundalini Reiki peringkat 1,2,3 ini kepada orang lain. Buku panduan akan diberikan kepada anda.
Mahar: RM350

2. Kundalini Reiki Booster - Peringkat 1,2,3,4,5,6
Anda akan diberikan penyelarasan Kundalini Reiki peringkat 1,2,3 dahulu lalu ditingkatkan (booster) kesemua tenaganya. Pada peringkat Kundalini Reiki Booster 1,2,3,4,5,6 adalah untuk memperkuatkan dan meluaskan lagi tenaga-tenaga reiki (dari peringkat 1,2,3) yang terpancar dari chakra-chakra di dalam tubuh dan ianya tidaklah memerlukan sebarang teknik reiki khas. Kekuatan pancaran tenaga reiki anda akan meningkat sebanyak 400%. Anda hanya perlu jalani latihan selama 25-minit sahaja untuk kesemua peringkat ini dan di atas sekaligus! Anda juga boleh memberikan penyelarasan Kundalini Reiki peringkat 1,2,3 dan Kundalini Reiki Booster peringkat 1,2,3,4,5,6  ini kepada orang lain. Buku panduan akan diberikan kepada anda.
Mahar: RM650

3. Gold Reiki - Peringkat 1,2,3
Anda akan diberikan penyelarasan kedua-dua peringkat di atas, kemudian anda akan menerima pula Gold Reiki. Gold Reiki adalah tenaga Reiki yang terkuat di alam fizik. Tenaga Gold Reiki dapat digunakan secara sendiri ataupun boleh digabungkan bersama Kundalini Reiki. Jika tenaga Gold Reiki disalurkan ke dalam kristal atau batu-batuan contohnya gemstone atau kristal fluorite sebagai saluran Reiki, ianya akan menjadikan kristal atau batu tersebut memiliki getaran frekuensi (secara mekanik quantum) yang paling maksima lalu mampu memberi kesembuhan (spiritual dan zahir) kepada orang yang memakai atau menggunakannya dengan izin Allah SWT. Anda hanya perlu jalani latihan selama 25-minit sahaja untuk keseluruhan peringkat! Anda juga boleh memberikan penyelarasan Kundalini Reiki peringkat 1,2,3 dan Kundalini Reiki Booster peringkat 1,2,3,4,5,6 serta Gold Reiki peringkat 1,2,3 ini kepada orang lain. Buku panduan akan diberikan kepada anda.
Mahar: RM1,000

NOTA: Kelebihan memiliki keilmuan reki sehingga tahap Gold Reiki adalah anda boleh membuka pusat rawatan sendiri dengan nama pilihan anda sendiri. Mampu mengakses dan menyelaraskan apa jua jenis tenaga dan tenaga ilmu. Mampu mengasaskan ilmu sendiri (apa jua jenis ilmu yang anda inginkan). Mampu menghasilkan pelbagai jenis produk sendiri untuk pelbagai maksud dan hajat. Mampu mengijazahkan kesemua peringkat Kundalini Reiki dengan mahar yang telah ditetapkan dan maharnya 100% milik anda. Diberikan kesemua buku panduan ilmu-ilmu Kundalini Reiki.


Pesanan Ikhlas Dari Saya


Saya harap anda gunakan ilmu ini dengan tujuan mencari keredhaan Allah SWT, bukannya sebab duniawi semata-mata. Ilmu ini hak milik Allah SWT, janganlah setelah memiliki ilmu ini tetapi lalai dari mengingati Allah SWT. Dialah yang memberi kuasa, hati perlu bersih dan suruhan Allah SWT  seperti solat, puasa, keluarkan zakat tolong jangan ditinggalkan.

Hubungi:  Anwar Suran | 010-919 9110


Share:

0 comments:

Post a Comment

Penulisan Popular

Ikuti Facebook Saya