Sunday, 23 September 2018

Keilmuan - Tenaga Dalaman Illahi


Keilmuan | Tenaga Dalaman Illahi (Malaysia)



Apakah Tenaga Dalaman Illahi?

Tenaga dalaman illahi (atau singkatannya: TENDAI) adalah tenaga dengan frekuensi yang sangat halus dan tajam dari sebalik tabir fizik atau dipanggil metafizik. Maksud 'tenaga Illahi' itu adalah tenaga yang datangnya dari Allah SWT. Tenaga dalaman illahi ini akan diakses melalui gerbang tenaga manusia yang dikenali sebagai chakra mahkota atau crown chakra di puncak kepala manusia lalu bergabung dengan  tenaga-tenaga manusia di bahagian bawah iaitu chakra ajna, chakra pusat, chakra seks dan chakra dasar.

Semua manusia memiliki tenaga dalaman sejak kelahirannya cuma tidak semua yang mengaktifkannya. Apabila dikejar anjing sebagai contohnya, automatik tubuh kita akan mengeluarkan tenaga dalaman yang kita sendiri tidak terjangka lalu dapat menyelamatkan diri. Contoh lain adalah; jika kita sedang bercinta akan menyebabkan tubuh mendapat tenaga dalaman yang agak tinggi sehingga menyebabkan diri kita sentiasa bertenaga dan bahagia. Itu adalah contoh-contoh tenaga dalaman yang kita tidak dapat kawal sedangkan tenaga dalaman illahi yang telah diaktifkan kita mampu mengawalnya serta tahapnya jauh lebih tinggi!


Apakah Kelebihan Insan Yang Memiliki Tenaga Dalaman Illahi?

Keilmuan tenaga dalaman illahi memiliki pelbagai fungsi dan ianya tiada langsung perkaitannya dengan jin, syaitan, khadam dan lain-lain. Segalanya adalah berkaitan sains metafizik 100%. Secara tidak langsung, keilmuan ini menambah rasa keimanan kita kepada ALLAH SWT, nilai ibadat kita dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa seterusnya dapat meningkatkan kepercayaan pada diri sendiri. Di bawah ini adalah beberapa kelebihan jika kita memiliki ilmu tenaga dalaman illahi;

1. Diri kita akan terpancar aura positif yang sangat kuat!
2. InsyaAllah akan dilimpahi rezeki yang tidak putus-putus,
3. Terdinding dari diganggu oleh jin-jin jahat yang terkutuk,
4. Menambahkan kecerdasan fizikal , mental, emosi dan rohani,
5. Meningkatkan kewibawaan diri, disegani, dikasihi oleh ramai orang,
6. Memiliki kesihatan yang baik, awet muda dan minda yang cerdas,
7. Boleh mengubati  diri dan orang lain samada penyakit medic dan non-medic,
8. Akan memiliki pelbagai ilmu lain tanpa anda beria-ria mencarinya,
9. Naluri dan gerak hati menjadi semakin tajam!
10. Mudah mendapat ilham dan ilmu secara sebalik tabir,
11. Mengaktifkan kelenjar pineal di otak untuk mata ke-3,
12. Boleh memagari rumah dan kawasan,
13. Boleh memasukkan tenaga positif ke dalam objek.


Adakah Keilmuan Ini Bertentangan Dengan Ajaran Islam?

Pada masa kini, terdapat banyak kajian-kajian berkaitan tenaga dalaman manusia di pelbagai universiti dari seluruh dunia. Contohnya, banyak universiti telah mengkaji mengenai bio-field, aura diri, frekuensi dan lain-lain. Jadi, ia adalah berkaitan sains fizik mekanik kuantum berkaitan diri manusia itu sendiri. 

Tenaga dalaman illahi sesekali tidak akan mengubah pegangan akidah atau pegangan sesuatu agama atau adat sesuatu kaum ditambah pula dengan pola latihan yang mudah tanpa berhubung dengan ritual sesuatu agama, adat resam sesuatu kaum malah tanpa menggunakan kuasa ghaib jin, khadam, syaitan, azimat atau lain-lain bantuan. Jika ada orang yang terpesong akidah, bermakna diri orang itu sendiri yang bermasalah dan tiada kaitan pun dengan keilmuan metafizik itu sendiri.


Berapakah Peringkat Di Dalam Keilmuan Tenaga Dalaman Illahi?

Tenaga dalaman illahi memiliki 4-peringkat  bergantung kepada mahar yang mereka mampu bayar ketika ingin menyelaraskannya ke dalam diri. Paling rendah adalah tahap dasar, kemudian tahap master, tahap grandmaster dan tahap super grandmaster. Berikut adalah huraian setiap jenis peringkat tenaga dalam illahi:

1. Tenaga Dalaman Illahi - Tahap Dasar
Pada tahap Dasar, anda bakal memiliki ilmu dan kegunaan seperti kelebihan yang  tertera di bahagian atas. Aplikasi untuk rawatan juga turut diajarkan dan buku panduan akan diberikan kepada anda. Setelah latihan olahan nafas selama 15-minit sehari, 2-kali sehari selama 21-hari, anda akan dapat rasakan tenaga positif baru di dalam diri anda.
Mahar: RM200

2. Tenaga Dalaman Illahi - Tahap Master
Pada tahap Master, anda akan dialirkan tenaga penyelarasan pada tahap Master di mana tenaga dalaman illahi jauh lebih tinggi. Peringkat ini anda akan memiliki kelebihan yang  tertera di atas serta boleh menghasilkan kepelbagaian produk tenaga tahap Master dan boleh mengijazahkan murid tahap dasar sekali. Anda hanya perlu berlatih selama 20-minit sehari selama 9-hari dengan diberi buku panduan. 
Mahar: RM500

3. Tenaga Dalaman Illahi - Tahap Grandmaster
Pada tahap Grandmaster, anda akan memiliki kekuatan dalaman tenaga yang jauh lebih tinggi dari tahap Master dan diberikan pula percuma ilmu jurus Shaktivat (Tangan Ajaib) yang dapat mengepalkan tenaga positif untuk ditembak. Anda juga boleh mengubati penyakit jasmani dan rohani, pancaran mata tajam, daya-cinta kasih yang besar, boleh menghapuskan sihir dan ilmu hitam, dilimpahi kerezekian, pelarisan perniagaan, pengasihan dan beladiri secara metafizik. Anda akan berlatih selama 20-minit sehari selama 9-hari dengan diberikan buku panduan. Anda boleh mengijazahkan murid untuk tahap Master dan Dasar. Produk yang dihasilkan adalah tenaga tahap Grandmaster.
Mahar: RM1,500

4. Tenaga Dalaman Illahi - Tahap Super Grandmaster
Pada peringkat Super Grandmaster, anda akan memiliki kekuatan dalaman tenaga yang paling tinggi dan digabungkan dengan penyelarasan bionergi (bio-field). Inilah tenaga dalaman yang terhalus dan paling tinggi di keseluruhan keilmuan metafizik (lebih tinggi dari Reiki Gold). Anda menguasai kesemua kehebatan dan kemampuan ilmu metafizik yang pernah diiklankan di mana-mana media dan iklan. Boleh melakukan penyelarasan atau bio-field/bioenergi adjustment kepada apa sahaja benda hidup dan bukan hidup untuk apa jua hajat. Hanya perlu latihan 3-minit sahaja setiap hari selama 7-hari.

Dengan mendapat penyelarasan biotenaga atau bio-field/bioenergi adjustment di dalam diri, anda boleh mengakses segala frekuensi yang terdiri daripada 360-penjanaan alam (environment generator) di mana frekuensi alam di sekeliling akan terselaras dengan tubuh anda untuk menyeimbangkan ke-27 tingkat tenaga kehidupan. Kaedah ini membolehkan anda melakukan penyelarasan bioenergi kepada apa jua benda hidup dan bukan hidup untuk tujuan tertentu. Contohnya anda mampu melakukan penyelarasan bioenergi  kepada pesakit mental agar frekuensi otaknya kembali normal.

Anda juga akan diberikan percuma jurus-jurus metafizik tambahan iaitu;

1. Jurus pelenyap ingatan
2. Jurus kunci dimensi
3. Jurus tembakan komet

4. Jurus penghancur ilmu
5. Jurus ajian nur wahyu
6. Jurus penghancur senjata ghaib
6. Jurus shaktivat


Anda boleh membuka pusat rawatan sendiri dengan nama pilihan anda sendiri. Anda juga mampu mengakses dan menyerap apa jua jenis tenaga dan tenaga ilmu. Boleh mengasaskan ilmu sendiri (apa jua jenis ilmu yang anda inginkan). Mampu menghasilkan pelbagai jenis produk sendiri untuk pelbagai maksud dan hajat. Boleh mengijazahkan Tenaga Dalam Ilahi tahap Dasar, Master, Grandmaster dan Super Grandmaster dengan mahar yang telah ditetapkan dan maharnya 100% milik anda! Diberikan kesemua buku panduan ilmu-ilmu Tenaga Dalaman IIlahi.
Mahar: RM2,000


Pesanan Ikhlas Dari Saya

Saya harap anda gunakan ilmu ini dengan tujuan mencari keredhaan Allah SWT, bukannya sebab duniawi semata-mata. Ilmu ini hak milik Allah SWT, janganlah setelah memiliki ilmu ini tetapi lalai dari mengingati Allah SWT. Dialah yang memberi kuasa, hati perlu bersih dan suruhan Allah SWT  seperti solat, puasa, keluarkan zakat tolong jangan ditinggalkan.


Hubungi:  Anwar Suran | 010-919 9110


Share:

0 comments:

Post a Comment

Ikuti Facebook Saya