Saturday, 10 November 2018

Info Metafizik | Pembukaan Mata Ketiga


Info Metafizik | Pembukaan Mata Ketiga



MATA KETIGA UNTUK MELIHAT MAKHLUK HALUS?

Apabila terdengar sahaja istilah mata ketiga, pasti ramai orang yang terfikir mengenai melihat mahkluk halus ataupun hantu. Walaupun mata ketiga sering dikaitkan dengan paranormal dan mistik, sebenarnya ia adalah sesuatu berkaitan kerohanian berbanding kebanyakan apa yang orang ramai terfikir. Kemampuan melihat makluk halus hakikatnya bukanlah sebenar-benar fungsi mata ketiga, itu kefahaman konsep yang tidak beberapa tepat. 

Jikalau ramai yang faham konsep sebenar mengenai mata ketiga, mungkin ramai yang akan terkejut apabila mengetahui bahawa ramai orang memiliki keupayaan untuk menggunakan mata ketiga mereka bagi melihat perkara-perkara di luar persepsi biasa mereka!

Ramai yang tidak percaya apabila saya menyatakan bahawa semua insan memiliki mata ketiga. Itulah anugerah Allah Taala untuk semua umat manusia. Ketika di alam kubur, kita tiada jasad tetapi kita masih lagi mampu melihat. Begitu juga di alam mimpi, kita memejamkan mata di dalam bilik yang gelap tetapi mata kita tetap mampu melihat dengan jelas di alam mimpi itu. Mata ketiga itu adalah mata rohani kita atau mata jasad halus kita atau mata minda separa sedar kita. Apabila ianya bersatu dengan jasad, lokasi mata ketiga adalah berada di kelenjar pineal otak kita.

JENIS-JENIS MATA KETIGA


Mana-mana manusia yang dilahirkan sebagai manusia 'indigo' (boleh google sendiri istilah ini), mereka memiliki mata ketiga yang terbuka sehingga tahap maksima. Mereka akan nampak sesuatu yang luar dari 'visible light spectrum' secara semulajadi dan tidak dapat ditutup buat selama-lamanya.

Ada juga kes di mana mata ketiganya aktif kerana jin yang mengaktifkan mata ketiganya itu. Ianya jatuh di bawah kategori gangguan. Energi mata ketiga orang yang alami gangguan ini adalah negatif (asyik terlihat jin) dan perlu dirawat menjadi positif.
Bagi mana-mana insan yang mata ketiganya belum lagi aktif, boleh sahaja diaktifkan asalkan mereka nekad untuk berlatih. Jangan risau, sudah pasti tidak akan nampak jin (melainkan disengajakan atau salah set minda) sebaliknya akan nampak kebesaran-kebesaran Allah Yang Maha Kuasa!

BAGAIMANA PANDANGAN ORANG YANG AKTIF MATA KETIGANYA?


Kita abaikan tentang manusia indigo. Apa yang saya mahu ceritakan di sini adalah pandangan mata ketiga bagi insan yang baru sahaja berjaya selepas latihan.

Sebelum itu saya ingin bertanya: pernah atau tidak tuan-tuan ketika hampir betul-betul hendak terlena, lalu tuan ternampak bayangan-bayangan di layar minda beserta suara? Bayangan itu datang hanya sekejap-sekejap dan silih berganti dalam sela beberapa saat sahaja, pernah? Pada saat itu lazimnya tuan itu akan terus terlena.

Jikalau tuan-tuan hendak tahu, bayangan-bayangan itulah sebenarnya pandangan mata ketiga. Ia bukan benar-benar mimpi! Adakalanya ianya boleh jadi halusinasi. Bagi insan yang tidak aktif mata ketiganya; bayangan itu muncul tanpa sengaja dan hanya beberapa saat sahaja sebelum terlena (mereka akan anggap itu sebuah mimpi yang hampir tiba). Berbeza pula bagi insan yang memang sudah aktif mata ketiganya, mereka mampu melayan bayangan tersebut selama mana yang mereka mahukan tanpa rasa mengantuk hendak terlena itu!

MATA KETIGA MAMPU MELAKUKAN REMOTE VIEWING, RV

Pandangan mata ketiga lazimnya digunakan sambil mata terpejam, bukannya sambil terbuka. Untuk melakukan Remote Viewing, RV iaitu pandangan jarak jauh, hanya perlu pejamkan mata, nyatakan hendak melihat apa yang kita mahu, itu sahaja. Tiada mantra-mantra, tiada zikir. Ia adalah cabang pseudo-sains, bukan agama. Selepas kita berniat, maka akan muncul satu letupan flash putih mengeluarkan 'screen bulat (bukan petak)' lalu keluarlah gambaran 'live' apa yang ingin kita lihat itu.

KELEMAHAN REMOTE VIEWING, RV

Kelemahan RV yang paling kerap berlaku adalah kadang-kadang 'camera' tersalah parking selepas kita berniat. Contohnya begini: kita telah berniat untuk melihat rumah ibu-ayah kita di kampung, tiba-tiba 'screen' mata ketiga kita ter-parking di tandas rumah (contoh). Kita kena kawal 'kamera' itu agar zoom jauh sedikit supaya dapat melihat pula di kawasan-kawasan sudut rumah yang lain. Mungkin agak sukar untuk saya terangkan. Ianya hampir sama seperti drone.

Kelemahan yang lain lagi adalah jika tersalah 'set' minda, kita boleh terlihat jin di kawasan itu secara 'live'. Bukan sahaja terlihat malah siap boleh berkomunikasi lagi dengan jin itu menggunakan getaran hati kita (bukan mulut). Jin tahu kita sedang RV mereka cumanya ianya jarang-jarang berlaku.

Jin bukanlah entiti yang benar-benar ghaib kerana jikalau ghaibnya 100%, sudah tentu tiada orang yang termimpi jin, tiada yang kena rasuk, tiada istilah jin buka-tutup suiz lampu rumah atau lampu jalan dll. Ia ghaib tetapi tidaklah benar-benar ghaib sehingga kita langsung tidak mampu mengesan dengan pancaindera.  Ghaib yang sebenar-benanya adalah seperti malaikat, qada' dan qadar, Kursi, Arasy, padang mashar, dll. Ini barulah benar-benar ghaib!

BAGAIMANA UNTUK MENGAKTIFKAN MATA KETIGA?

Untuk mengaktifkan mata ketiga mungkin lain sekolah spiritual, maka lainlah kaedahnya. Ada yang menggunakan teknik sukar dan ada juga yang menggunakan teknik mudah. Jikalau dengan saya, tekniknya semua mudah inshaAllah. Istiqamah sahaja berlatih. Ada yang 15-20 minit sudah aktif dan ada yang ambil masa berhari-hari kerana ianya bergantung pada genetik dan latar kehidupan sebelum ini.

Tiada istilah guru boleh membukakan mata ketiga, tiada istilah pil membuka mata ketiga, minyak membuka mata ketiga, azimat membuka mata ketiga dan lain-lain. Semua itu palsu. Guru hanya membetulkan getaran tenaga seseorang itu serta memberikan panduan sahaja, selebihnya diri sendiri perlu berlatih menggunakan panduan yang diberikan.

Untuk pertanyaan lanjut, bolehlah whatsapp saya: 0109199110 (Anwar Suran)


Share:

2 comments:

  1. Setuju tuan..saya dh lama belajar ilmu kebatinan dn haq..tp baru setahun lebih belajar keilmuan metafizik..dari reiki hikmah sufi,kundalini,inti kursani,HPI,aji rajah kala cakra..tp mata ke3 masih tertutup sampai lah sy belajar bab mata ke3 yg dibuka oleh guru metafizik sy..mmg perlukan masa dn latihan yg istiqomah utk smpai ketahap tembus pandang..pokoknya kena sabar,fokus dan tenang..jgn putus asa..

    ReplyDelete
  2. saya juga dalam proses meditasi .. memang rasa sesuatu , cuma saat tutup mata cahaya yang saya lihat itu masih kabur dan tidak boleh saya gapai.. dan syukur saya mulai merasa sesuatu yg tidak pernah saya rasa iaitu " kewujudan " mereka ....

    ReplyDelete

Penulisan Popular

Ikuti Facebook Saya