Produk Metafizik | Psychotronics - Radionics - Psionics
Apakah Psychotronics?
Psychotronics adalah mesin minda yang
berasakan teknologi spiritual atau teknologi kerohanian. Ia dijana oleh tenaga
bioenergi dari alam semesta yang dimasukkan ke dalam sebuah mesin yang
boleh dikawal oleh minda manusia. Terdapat perhubungan antara fizikal dan
etheric (medan energi di tubuh badan manusia) di mana etheric itu adalah mesin
yang sebenarnya terdapat di dalam minda kita semua. Ia adalah cabang dari kelimuan fizik kuantum (mekanik kuantum) yang paling mendalam.
Psychotronics adalah teknologi yang telah
disorok dari pengatahuan masyarakat dunia hari ini kerana ianya terlalu rumit
untuk diterangkan disebabkan ia berada di bawah cabang metafizik. Psychotronics
boleh menggunakan medium kayu, logam atau apa-apa sahaja elemen alam semulajadi.
Ia cuma memerlukan bekalan tenaga alam semesta untuk operasinya dan tidak akan pernah habis.
Teknologi ini tidaklah sama seperti
hardware, komputer, atau mesin yang berharga jutaan ringgit. Itu adalah
teknologi zahir yang sememangnya dapat dijana di dalam makmal/kilang. Jadi
apakah fungsi psychotronics ini? Jawapanya adalah pelbagai dan akan diterangkan
sebentar lagi.
Apakah Radionics?
Radionics adalah keluarga yang sama
dengan psychotronics. Radionics adalah mesin yang mampu menghubungkan antara
dunia fizikal dengan dunia bukan fizikal. Dunia fizik dengan dunia metafizik tanpa
melalui perantaraan khadam, jin, syaitan, astral dan sebagainya (pendek kata
tanpa melalui unsur syirik dan khurafat). Ia adalah teknologi metafizik yang
sangatlah canggih. Segala-galanya hanya menggunakan tenaga mekanik kuantum dan
frekuensi sahaja. Radionics memerlukan 'peta' untuk menyalurkan perhubungan, arah dan
informasi dari minda anda untuk mencapai sesuatu matlamat.
Oleh kerana mesin radionics adalah mesin
yang hanya memerlukan perhubungan etheric/minda sebagai alatnya, maka ianya
tidak memerlukan komponen fizikal yang canggih untuk mengoperasikannya. Sebab
itulah teknologi ini disorok dari orang ramai. Contoh aplikasi dari teknologi metafizik ini adalah High Frequency Active Auroral Research Program (HAARP) yang digunakan untuk mengawal cuaca.
Apakah Psionics?
Psionics adalah 'komponen dalaman' di
dalam mesin radionics. Radionics berfungsi dengan adanya psionics. Terdapat
banyak huraian mengenai psionics, paling mudah kata adalah; psionics adalah
jalan untuk menguatkan dan memerangkap energi dengan menggunakan corak yang
kondusif. Corak bulatan boleh dikatakan sebagai psionics di alam semulajadi
kerana bulatan memiliki beberapa kekuatan getaran energi yang menghasilkan
frekuensi, ia turut dipanggil sebagai magnetron amplifier. Semakin banyak koleksi corak bulatan, maka semakin banyaklah energi
dan getaran frekuensi yang akan terhasil.
Kelebihan psionics adalah; kita boleh
menggunakan tenaga/energi dan frekuensi ini untuk matlamat tersendiri yang
tidak terbatas. Corak-corak bulatan (magnetron amplifier) pula adalah untuk menjana energi yang lebih
mapan dan anda akan mengecas matlamat anda di tengah-tengah bulatan tersebut.
Di antara kegunaan dan kelebihan aplikasi
Psychotronics Radionics Psionics adalah:
1. Menyembuhkan/mencegah diri dari ancaman penyakit/jangkitan,
2. Menghalau serangga yang menganggu di rumah/kebun,
3. Perlindungan diri dari gangguan jin
dan orang yang berniat jahat,
4. Mendapatkan ilham dan keilmuan rahsia,
5. Hipnosis minda manusia,
6. Melakukan telepati ke minda manusia yang anda inginkan,
7. Kegunaan untuk ketenteraan,
8. Menyerap tenaga/energi tertentu ke
dalam tubuh,
9. Memprogram air dan menukar struktur molekul,
10. Dan lain-lain kelebihan secara
mekanik kuantum dan frekuensi.
Contoh-Contoh Psionics Matrix Yang Saya Boleh Janakan:
Untuk menjana psionics matrix ini memerlukan pakar/master yang mahir, yang memiliki kekuatan energi yang tinggi, mampu membuat penyelarasan (attunement) kepada psionics matrix, yang tahu membuat grafik yang sesuai dan juga mahir dalam mengawal frekuensi yang akan terhasil dari psionics matrix kepada insan yang dituju.
Setiap psionics matrix memiliki fungsi yang tertentu, di mana setiap fungsi memiliki 'connection link' yang berbeza, pendulum (bulatan magnetron 12 amplifier) yang berbeza, warna yang berbeza, asma Al-Husna yang berbeza serta numerologi yang turut juga berbeza. Jadi, sebaiknya anda selidiki dahulu psionics matrix apakah yang sesuai bagi diri anda barulah hubungi saya untuk anda memilikinya.
Cara gunanya amatlah mudah sekali, saya akan cetak kad psionics matrix ini sebanyak 3 salinan dan apa yang anda perlu lakukan adalah hanya tampal sahaja satu salinan di rumah/kedai, satu salinan lagi perlu dibawa ke mana-mana sahaja anda pergi (boleh disimpan di dalam beg duit atau beg tangan) dan salinan terakhir boleh dijadikan simpanan (spare).
Di bawah ini adalah contoh psionics matrix yang menjadikan diri saya sebagai contoh di dalam kad. Tidak semua contoh di bawah ini saya telah 'activated' atau 'energised' untuk diri saya, senarai di bawah ini hanya sebagai contoh bagi pilihan keperluan anda:
Psionics Matrix | Aura Balance
Digunakan untuk menyeimbangkan aura diri jika tidak seimbang. Warna aura tubuh perlulah seimbang contohnya jika terlebih warna merah akan menyebabkan panas baran dan jika kekurangan warna biru pula akan menyebabkan kegelisahan. Psionics Matrix Aura Balance berguna untuk sentiasa seimbangkan warna aura diri untuk kesejahteraan hidup.
Mahar: RM250
Psionics Matrix | Good Health
Jika anda menghadapi masalah kesihatan tertentu contohnya seperti selalu pening kepala, lenguh-lenguh badan dll. psionics Matrix Good Health dapat membantu ikhtiar menyelesaikan masalah kesihatan anda dengan pancaran frekuensi yang mampu menyembuhkan. Apa-apa pun saya nasihatkan, janganlah sehingga anda tidak mendapatkan rawatan dari doktor pula. Anda kena seimbangkan antara kaedah rawatan secara fizik dan alternatif metafizik. Digalakkan untuk mendapatkan penyelesaian dari kedua-duanya sekali.
Mahar: RM250
Psionics Matrix | Women's Elegance
Allah SWT menciptakan kaum wanita ini dengan serba keindahan dan pesonanya yang tersendiri. Psionics Matrix Women's Elegance ini mampu membangkitkan aura pesona wanita yang amat kuat, menjadikan diri sentiasa terasa damai dan tenang, mampu meningkatkan keyakinan diri, meningkatkan karisma serta mampu memiliki daya tarikan yang amat luar biasa. Dalam bahasa moden dipanggil 'hot stuff' tetapi secara aura. InsyaAllah jika masih anak dara, anda boleh ikhtiar mendapatkan jodoh dengan mudah!
Mahar: RM250
Psionics Matrix | Intellectual
Bagi insan yang sedang menuntut ilmu, psionics Matrix Intellectual amat membantu dalam ikhtiar memberikan daya kecerdasan minda dan juga ilham yang tinggi. Sesuai bagi mereka yang hendak menghadapi peperiksaan seperti UPSR, PT3, SPM, yang sedang melanjutkan pengajian di universiti, yang ingin sambung Masters atau PhD dan sebagainya. Para ilmuan dan para guru juga boleh mendapatkan psionics Matrix Intellectual ini agar minda sentiasa pintar dalam menyampaikan ilmu.
Mahar: RM250
Psionics Matrix | Energy Protection
Jika anda suka mengembara seperti mendaki bukit/gunung, meneroka hutan, pergi ke pulau-pulau, memancing atau anda kerap diganggu jin jahat (seperti selalu mendapat mimpi mengarut malah ditindih pula ketika tidur, selalu nampak kelibat), maka anda digalakkan memiliki psionics Matrix Energy Protection. Ia akan membuat si pemakainya agak sukar dimudaratkan atau dicelakakan oleh apa sahaja ciptaan yang tercipta dari unsur tanah, air, api, angin dan unsur alam halus/ghaib. Ini bukanlah sejenis tangkal atau azimat, ini adalah ikhtiar teknologi metafizik yang menggunakan frekuensi halus.
Mahar: RM250
Psionics Matrix | Love Affair
Psionics Matrix Love Affair ini digunakan untuk memekarkan lagi perasaan cinta dan perhubungan bagi pasangan lelaki dan wanita (untuk pasangan sejenis/homoseksual juga turut boleh dijanakan tetapi saya tidak mahu masuk ke neraka jahanam kerana tujuan anda itu, maafkan saya). Ia menggunakan frekuensi energi venus yang merupakan simbol bagi energi cinta yang sangat hebat. Anda juga boleh gunakan untuk ikhtiar dalam meminang seseorang atau ingin mengenali seseorang (jika bimbang bertepuk sebelah tangan) dll.
Pesanan: Saya tidak menggalakkan anda menggunakan psionics ini terhadap ex- anda yang amat membenci anda. Biarkan ex- anda itu memilih kebahagiaan dengan pilihannya sendiri. Rawatannya adalah, saya hanya perlu putuskan sahaja energi etheric cord yang tersalur (link) dari chakra jantung anda yang bersambung pada diri ex- anda itu. Setelah itu, anda boleh lupakan ex- anda dengan tenang (move on) dan boleh cari pengganti dengan cepat.
Pesanan: Saya tidak menggalakkan anda menggunakan psionics ini terhadap ex- anda yang amat membenci anda. Biarkan ex- anda itu memilih kebahagiaan dengan pilihannya sendiri. Rawatannya adalah, saya hanya perlu putuskan sahaja energi etheric cord yang tersalur (link) dari chakra jantung anda yang bersambung pada diri ex- anda itu. Setelah itu, anda boleh lupakan ex- anda dengan tenang (move on) dan boleh cari pengganti dengan cepat.
Mahar: RM250
Psionics Matrix | Khatim Sulaiman
Fungsi utama psionics Matrix Khatim Sulaiman adalah untuk ikhtiar memancarkan energi frekuensi daya tarikan rezeki yang amat kuat dan melimpah ruah, insha'Allah. Mengikut bahasa tradisionalnya adalah sebagai 'pelaris' yang bukan berbentuk tangkal atau azimat (yang menggunakan bantuan jin). Gambar rajah pada psionics Matrix Khatim Sulaiman itu adalah doa Jaljalut yang memiliki khasiat (fadilat) energi rezeki atau penarik rezeki (money magnet) yang hebat malah lebih bagus jika anda mengamalkan ayat tersebut selalu (tidaklah wajib). Ia sesuai digunakan oleh sesiapapun samada ada ahli perniagaan atau orang yang bekerja dengan majikan.
Mahar: RM450
Psionics Matrix | Cintamani
Psionics Matrix Cintamani adalah psionics matrix yang multi-fungsi selalunya digunakan dalam ikhtiar pengasihan iaitu untuk disayangi ramai orang. InsyaAllah segala hajat dan keinginan anda akan mudah direalisasikan kerana pancaran frekuensi positifnya yang mampu memberi getaran energi (quantum mechanic vibration) yang amat kuat sekali ke dalam diri anda lalu melancarkan lagi hukum daya tarikan (law of attraction) terhadap sesuatu hajat atau impian. Anda tidak perlulah membaca doa Naga Cintamani (atau dipanggil Ular Cintamani) ini kerana psionics matrix ini akan terus terhubungan (link) frekuensinya ke tubuh anda secara automatik.
Mahar: RM450
Bagaimana untuk mendapatkannya?
Boleh hubungi saya melalui whatsapp: wasap.my/60109199110 (Anwar Suran)
Saya akan cetak satu kad bersaiz 18cm x 18cm (untuk ditampal di rumah atau kedai) dan dua salinan lagi bersaiz 10cm x 10cm untuk dibawa kemana-mana sahaja dan dijadikan simpanan. Kad akan di-laminate agar tahan lasak dan kalis air. Ianya sangat cantik dijadikan hiasan sekali.
Segala persoalan boleh hubungi saya di talian di atas. Terima kasih!















Matrix aura balance , boleh dijadikan medium pembersihan aura negatif dan penjanaan aura positif ? Macam2 kegunaan dengan kekalkan aura balance?
ReplyDelete