Sunday, 16 August 2020

Rawatan Alternatif | Rawatan Jarak Jauh


Rawatan Alternatif | Rawatan Jarak Jauh Malaysia


Di dalam dunia perawatan, terdapat dua kategori iaitu rawatan fizikal dan juga rawatan ghaib (bukan fizikal). Contoh rawatan fizikal adalah seperti rawatan-rawatan yang dilakukan di hospital atau poliklinik, rawatan homeopati, urutan, bekam dan lain-lain. Oleh kerana ia adalah rawatan secara fizikal maka bertemu perawat adalah perlu. 

Di dalam bidang rawatan ghaib pula ianya tidaklah sama kerana rawatan tidak semestinya dilakukan secara jarak dekat semata-mata, rawatan secara jarak jauh pun boleh. Antara contoh rawatan ghaib adalah rawatan berkaitan gangguan jin, sihir dan lain-lain. Rawatan jarak jauh hanya mampu dilakukan oleh perawat yang memiliki pengatahuan mengenainya sahaja dan jumlahnya agak kecil di dunia ini.


JENIS-JENIS RAWATAN JARAK JAUH

Rawatan jarak jauh ini terbahagi kepada 3-kategori iaitu; 

  1. Rawatan secara membuat panggilan video kepada pesakit dan meruqyahkan pesakit melalui panggilan video. Ia adalah patuh syariah
  2. Rawatan secara menggunakan aplikasi ilmu mekanik kuantum. Ia juga adalah patuh syariah selagi mana tiada mantera ganjil dan juga tiada ilmu hitam yang digunakan, 
  3. Rawatan menggunakan khidmat jin iaitu dengan menghantar jin untuk merawat pesakit secara jarak jauh. Ia adalah tidak patuh syariah. 

Rawatan jarak jauh yang saya lakukan adalah kaedah yang kedua iaitu mengguna-pakai kaedah mekanik kuantum. Sebagai umat Islam, saya juga turut juga membacakan ayat-ayat suci Al-Quran dan doa-doa terpilih ketika merawat. Ini bermakna rawatan saya adalah kategori Islamik Psycho-Spiritual.


KEBERKESANAN RAWATAN JARAK JAUH

Keberkesanan rawatan jarak jauh ini lebih kurang sama sahaja seperti mana rawatan jarak dekat. Dari segi jaminan kesembuhan itu adalah hak milik Allah Taala 100% dan perawat hanyalah sebagai perantaraan semata-mata di dalam usaha ikhtiar. Ini adalah pegangan tauhid yang perlu ada pada seluruh umat Islam. 

Berdasarkan testimoni para pesakit saya, kebanyakan adalah sembuh dengan baik, alhamdulillah. Rawatan jarak jauh ini amatlah memudahkan pesakit kerana ianya tidak mengganggu masa pesakit malah tidak perlu mengeluarkan kos pengangkutan dan lain-lain.


RAWATAN JARAK JAUH YANG BOLEH DIIKHTIARKAN

Kadang-kadang ramai terasa pelik kenapa perniagaan yang telah dijalankan seolah-olah banyak terhalang (rezeki sempit) walaupun telah berusaha sedaya upaya. Ada juga yang jodoh tidak sampai-sampai iaitu asyik kena tinggal oleh pasangan tanpa sebab, ada yang alami masalah sukar zuriat, ada yang terlalu panas baran dll. Andai kata perkara di atas berlaku dengan penuh misteri, MUNGKIN ada 'entiti' lain yang sedang mengganggu selama ini! Gangguan ghaib bukanlah terhad seperti itu sahaja malah lebih dari itu contohnya:

  1. Masalah dalam pelajaran/pekerjaan,
  2. Sukar untuk beribadah walaupun mahu,
  3. Kerap alami mimpi seram/ancaman,
  4. Nasib terlalu malang seperti ada yang tidak kena,
  5. Kerap terdengar bisikan negatif di hati,
  6. Alami sakit-sakit yang doktor tidak dapat diagnos,
  7. Dan lain-lain.

BAGAIMANAKAH PROSES MENDAPATKAN RAWATAN JARAK JAUH?

Untuk mendapatkan rawatan jarak jauh mudah sahaja, pesakit hanya perlu whatsapp sahaja saya pada nombor 0109199110. Kemudian sila ikuti langkah-langkah dibawah: 

  1. Setelah pesakit whatsapp kepada saya, para pesakit akan mendapat mesej maklum balas secara automatik dan pesakit perlulah melengkapkan butiran-butiran yang dikehendaki untuk proses scan dahulu. 
  2. Selepas beberapa tempoh, saya akan memaklumkan keputusan scan. Jika pesakit benar-benar memiliki gangguan, pesakit perlulah membuat keputusan samada perlukan rawatan atau tidak. Jika perlukan rawatan maka maklumkan kepada saya. 
  3. Proses rawatan akan berlangsung dan kadar kepantasan rawatan adalah bergantung pada jumlah pesakit ketika itu. Jika ramai pesakit maka proses rawatan pesakit akan mengikut giliran dan mungkin ambil masa berhari-hari juga. 
  4. Setelah rawatan dilakukan, pesakit akan diberi makluman bahawa dirinya telah pun dirawat oleh saya. Jaminan (warranty) rawatan adalah sebulan. Saya akan rawat dan terus merawat selama tempoh sebulan itu insha’Allah sehingga kesembuhan yang terbaik.

BERAPAKAH MAHAR YANG DIKENAKAN?

Kadar mahar rawatan adalah berdasarkan tahap serius pesakit, apa-apa pun ianya bermula dari RM70. Selagi mana rawatan itu berkaitan gangguan individu seperti terkena sihir, gangguan jin saka dan lain-lain, mahar sentiasa rendah. Mahar akan meningkat jika rawatan itu melibatkan manusia seperti kembalikan pasangan yang telah bercerai dan lain-lain.


Share:

0 comments:

Post a comment

Penulisan Popular

Ikuti Facebook Saya