Sunday, 16 August 2020

Rawatan Alternatif | Rawatan Jarak Jauh


Rawatan Alternatif | Rawatan Jarak Jauh Malaysia


Di dalam dunia perawatan, terdapat dua kategori iaitu rawatan fizikal dan juga rawatan ghaib (bukan fizikal). Contoh rawatan fizikal adalah seperti rawatan-rawatan yang dilakukan di hospital atau poliklinik, rawatan homeopati, urutan, bekam dan lain-lain. Oleh kerana ia adalah rawatan secara fizikal maka bertemu perawat adalah perlu. 

Di dalam bidang rawatan ghaib pula ianya tidaklah sama kerana rawatan tidak semestinya dilakukan secara jarak dekat semata-mata, rawatan secara jarak jauh pun boleh. Antara contoh rawatan ghaib adalah rawatan berkaitan gangguan jin, sihir dan lain-lain. Rawatan jarak jauh hanya mampu dilakukan oleh perawat yang memiliki pengatahuan mengenainya sahaja dan jumlahnya agak kecil di dunia ini.


JENIS-JENIS RAWATAN JARAK JAUH

Rawatan jarak jauh ini terbahagi kepada 3-kategori iaitu; 

  1. Rawatan secara membuat panggilan video kepada pesakit dan meruqyahkan pesakit melalui panggilan video. Ia adalah patuh syariah
  2. Rawatan secara menggunakan aplikasi ilmu mekanik kuantum. Ia juga adalah patuh syariah selagi mana tiada mantera ganjil dan juga tiada ilmu hitam yang digunakan, 
  3. Rawatan menggunakan khidmat jin iaitu dengan menghantar jin untuk merawat pesakit secara jarak jauh. Ia adalah tidak patuh syariah. 

Rawatan jarak jauh yang saya lakukan adalah kaedah yang kedua iaitu mengguna-pakai kaedah mekanik kuantum. Sebagai umat Islam, saya juga turut juga membacakan ayat-ayat suci Al-Quran dan doa-doa terpilih ketika merawat. Ini bermakna rawatan saya adalah kategori Islamik Psycho-Spiritual.


KEBERKESANAN RAWATAN JARAK JAUH

Keberkesanan rawatan jarak jauh ini lebih kurang sama sahaja seperti mana rawatan jarak dekat. Dari segi jaminan kesembuhan itu adalah hak milik Allah Taala 100% dan perawat hanyalah sebagai perantaraan semata-mata di dalam usaha ikhtiar. Ini adalah pegangan tauhid yang perlu ada pada seluruh umat Islam. 

Berdasarkan testimoni para pesakit saya, kebanyakan adalah sembuh dengan baik, alhamdulillah. Rawatan jarak jauh ini amatlah memudahkan pesakit kerana ianya tidak mengganggu masa pesakit malah tidak perlu mengeluarkan kos pengangkutan dan lain-lain.


RAWATAN JARAK JAUH YANG BOLEH DIIKHTIARKAN

Kadang-kadang ramai terasa pelik kenapa perniagaan yang telah dijalankan seolah-olah banyak terhalang (rezeki sempit) walaupun telah berusaha sedaya upaya. Ada juga yang jodoh tidak sampai-sampai iaitu asyik kena tinggal oleh pasangan tanpa sebab, ada yang alami masalah sukar zuriat, ada yang terlalu panas baran dll. Andai kata perkara di atas berlaku dengan penuh misteri, MUNGKIN ada 'entiti' lain yang sedang mengganggu selama ini! Gangguan ghaib bukanlah terhad seperti itu sahaja malah lebih dari itu contohnya:

  1. Masalah dalam pelajaran/pekerjaan,
  2. Sukar untuk beribadah walaupun mahu,
  3. Kerap alami mimpi seram/ancaman,
  4. Nasib terlalu malang seperti ada yang tidak kena,
  5. Kerap terdengar bisikan negatif di hati,
  6. Alami sakit-sakit yang doktor tidak dapat diagnos,
  7. Dan lain-lain.

BAGAIMANAKAH PROSES MENDAPATKAN RAWATAN JARAK JAUH?

Untuk mendapatkan rawatan jarak jauh mudah sahaja, pesakit hanya perlu whatsapp sahaja saya pada nombor 0109199110. Kemudian sila ikuti langkah-langkah dibawah: 

  1. Setelah pesakit whatsapp kepada saya, para pesakit akan mendapat mesej maklum balas secara automatik dan pesakit perlulah melengkapkan butiran-butiran yang dikehendaki untuk proses scan dahulu. 
  2. Selepas beberapa tempoh, saya akan memaklumkan keputusan scan. Jika pesakit benar-benar memiliki gangguan, pesakit perlulah membuat keputusan samada perlukan rawatan atau tidak. Jika perlukan rawatan maka maklumkan kepada saya. 
  3. Proses rawatan akan berlangsung dan kadar kepantasan rawatan adalah bergantung pada jumlah pesakit ketika itu. Jika ramai pesakit maka proses rawatan pesakit akan mengikut giliran dan mungkin ambil masa berhari-hari juga. 
  4. Setelah rawatan dilakukan, pesakit akan diberi makluman bahawa dirinya telah pun dirawat oleh saya. Jaminan (warranty) rawatan adalah sebulan. Saya akan rawat dan terus merawat selama tempoh sebulan itu insha’Allah sehingga kesembuhan yang terbaik.

BERAPAKAH MAHAR YANG DIKENAKAN?

Kadar mahar rawatan adalah berdasarkan tahap serius pesakit, apa-apa pun ianya bermula dari RM70. Selagi mana rawatan itu berkaitan gangguan individu seperti terkena sihir, gangguan jin saka dan lain-lain, mahar sentiasa rendah. Mahar akan meningkat jika rawatan itu melibatkan manusia seperti kembalikan pasangan yang telah bercerai dan lain-lain.


Share:

Saturday, 10 November 2018

Info Metafizik | Pembukaan Mata Ketiga


Info Metafizik | Pembukaan Mata Ketiga



MATA KETIGA UNTUK MELIHAT MAKHLUK HALUS?

Apabila terdengar sahaja istilah mata ketiga, pasti ramai orang yang terfikir mengenai melihat mahkluk halus ataupun hantu. Walaupun mata ketiga sering dikaitkan dengan paranormal dan mistik, sebenarnya ia adalah sesuatu berkaitan kerohanian berbanding kebanyakan apa yang orang ramai terfikir. Kemampuan melihat makluk halus hakikatnya bukanlah sebenar-benar fungsi mata ketiga, itu kefahaman konsep yang tidak beberapa tepat. 

Jikalau ramai yang faham konsep sebenar mengenai mata ketiga, mungkin ramai yang akan terkejut apabila mengetahui bahawa ramai orang memiliki keupayaan untuk menggunakan mata ketiga mereka bagi melihat perkara-perkara di luar persepsi biasa mereka!

Ramai yang tidak percaya apabila saya menyatakan bahawa semua insan memiliki mata ketiga. Itulah anugerah Allah Taala untuk semua umat manusia. Ketika di alam kubur, kita tiada jasad tetapi kita masih lagi mampu melihat. Begitu juga di alam mimpi, kita memejamkan mata di dalam bilik yang gelap tetapi mata kita tetap mampu melihat dengan jelas di alam mimpi itu. Mata ketiga itu adalah mata rohani kita atau mata jasad halus kita atau mata minda separa sedar kita. Apabila ianya bersatu dengan jasad, lokasi mata ketiga adalah berada di kelenjar pineal otak kita.

JENIS-JENIS MATA KETIGA


Mana-mana manusia yang dilahirkan sebagai manusia 'indigo' (boleh google sendiri istilah ini), mereka memiliki mata ketiga yang terbuka sehingga tahap maksima. Mereka akan nampak sesuatu yang luar dari 'visible light spectrum' secara semulajadi dan tidak dapat ditutup buat selama-lamanya.

Ada juga kes di mana mata ketiganya aktif kerana jin yang mengaktifkan mata ketiganya itu. Ianya jatuh di bawah kategori gangguan. Energi mata ketiga orang yang alami gangguan ini adalah negatif (asyik terlihat jin) dan perlu dirawat menjadi positif.
Bagi mana-mana insan yang mata ketiganya belum lagi aktif, boleh sahaja diaktifkan asalkan mereka nekad untuk berlatih. Jangan risau, sudah pasti tidak akan nampak jin (melainkan disengajakan atau salah set minda) sebaliknya akan nampak kebesaran-kebesaran Allah Yang Maha Kuasa!

BAGAIMANA PANDANGAN ORANG YANG AKTIF MATA KETIGANYA?


Kita abaikan tentang manusia indigo. Apa yang saya mahu ceritakan di sini adalah pandangan mata ketiga bagi insan yang baru sahaja berjaya selepas latihan.

Sebelum itu saya ingin bertanya: pernah atau tidak tuan-tuan ketika hampir betul-betul hendak terlena, lalu tuan ternampak bayangan-bayangan di layar minda beserta suara? Bayangan itu datang hanya sekejap-sekejap dan silih berganti dalam sela beberapa saat sahaja, pernah? Pada saat itu lazimnya tuan itu akan terus terlena.

Jikalau tuan-tuan hendak tahu, bayangan-bayangan itulah sebenarnya pandangan mata ketiga. Ia bukan benar-benar mimpi! Adakalanya ianya boleh jadi halusinasi. Bagi insan yang tidak aktif mata ketiganya; bayangan itu muncul tanpa sengaja dan hanya beberapa saat sahaja sebelum terlena (mereka akan anggap itu sebuah mimpi yang hampir tiba). Berbeza pula bagi insan yang memang sudah aktif mata ketiganya, mereka mampu melayan bayangan tersebut selama mana yang mereka mahukan tanpa rasa mengantuk hendak terlena itu!

MATA KETIGA MAMPU MELAKUKAN REMOTE VIEWING, RV

Pandangan mata ketiga lazimnya digunakan sambil mata terpejam, bukannya sambil terbuka. Untuk melakukan Remote Viewing, RV iaitu pandangan jarak jauh, hanya perlu pejamkan mata, nyatakan hendak melihat apa yang kita mahu, itu sahaja. Tiada mantra-mantra, tiada zikir. Ia adalah cabang pseudo-sains, bukan agama. Selepas kita berniat, maka akan muncul satu letupan flash putih mengeluarkan 'screen bulat (bukan petak)' lalu keluarlah gambaran 'live' apa yang ingin kita lihat itu.

KELEMAHAN REMOTE VIEWING, RV

Kelemahan RV yang paling kerap berlaku adalah kadang-kadang 'camera' tersalah parking selepas kita berniat. Contohnya begini: kita telah berniat untuk melihat rumah ibu-ayah kita di kampung, tiba-tiba 'screen' mata ketiga kita ter-parking di tandas rumah (contoh). Kita kena kawal 'kamera' itu agar zoom jauh sedikit supaya dapat melihat pula di kawasan-kawasan sudut rumah yang lain. Mungkin agak sukar untuk saya terangkan. Ianya hampir sama seperti drone.

Kelemahan yang lain lagi adalah jika tersalah 'set' minda, kita boleh terlihat jin di kawasan itu secara 'live'. Bukan sahaja terlihat malah siap boleh berkomunikasi lagi dengan jin itu menggunakan getaran hati kita (bukan mulut). Jin tahu kita sedang RV mereka cumanya ianya jarang-jarang berlaku.

Jin bukanlah entiti yang benar-benar ghaib kerana jikalau ghaibnya 100%, sudah tentu tiada orang yang termimpi jin, tiada yang kena rasuk, tiada istilah jin buka-tutup suiz lampu rumah atau lampu jalan dll. Ia ghaib tetapi tidaklah benar-benar ghaib sehingga kita langsung tidak mampu mengesan dengan pancaindera.  Ghaib yang sebenar-benanya adalah seperti malaikat, qada' dan qadar, Kursi, Arasy, padang mashar, dll. Ini barulah benar-benar ghaib!

BAGAIMANA UNTUK MENGAKTIFKAN MATA KETIGA?

Untuk mengaktifkan mata ketiga mungkin lain sekolah spiritual, maka lainlah kaedahnya. Ada yang menggunakan teknik sukar dan ada juga yang menggunakan teknik mudah. Jikalau dengan saya, tekniknya semua mudah inshaAllah. Istiqamah sahaja berlatih. Ada yang 15-20 minit sudah aktif dan ada yang ambil masa berhari-hari kerana ianya bergantung pada genetik dan latar kehidupan sebelum ini.

Tiada istilah guru boleh membukakan mata ketiga, tiada istilah pil membuka mata ketiga, minyak membuka mata ketiga, azimat membuka mata ketiga dan lain-lain. Semua itu palsu. Guru hanya membetulkan getaran tenaga seseorang itu serta memberikan panduan sahaja, selebihnya diri sendiri perlu berlatih menggunakan panduan yang diberikan.

Untuk pertanyaan lanjut, bolehlah whatsapp saya: 0109199110 (Anwar Suran)


Share:

Wednesday, 7 November 2018

Produk Metafizik | Aura Penyembuhan Kristal


Produk Metafizik | Aura Penyembuhan Kristal



Apakah Maksud Objek Mendatangkan Tuah?

Untuk menerangkan mengenai mekanisma kristal ini amatlah kompleks. Tahukah tuan-tuan bahawa hampir seluruh dunia mengatahui kesan-kesan positif bagi sesiapa yang memiliki kristal tulen. Pernah terfikir kenapa kristal, berlian dan batu-batuan mineral seperti Jade cepat sahaja habis di kedai-kedai emas walaupun harganya terlalu mahal sehingga mencecah puluhan ribu ringgit? Hanya yang membeli sahaja tahu khasiatnya atau dipanggil 'tuah'. Segalanya boleh difahami secara pseudo-saintifik dan ilmiah. 

Tidak hairan jika sekarang terdapat banyak industri yang mengeluarkan alat bantu kesihatan yang tersusun di atas batuan, kristal, logam dan magnet yang secara saintifiknya memiliki impak yang positif bagi si pemakainya.  Cuma dari segi aspek pemasarannya sahaja tidak menggunakan istilah 'tuah', tetapi dinamakan sebagai gelang kesihatan, terapi kristal dll.

Kesan emosi dan perkataan yang mengubah struktur molekul air

Ada juga kajian pseudo-sains 'tuah' terhadap molekul air. Dr. Masaru Emoto pada tahun 2003 telah mengkaji pengaruh struktur molekul air terhadap kata-kata dan emosi. Air yang diberi doa serta kata-kata yang baik akan menjadikan struktur molekul itu berbeza iaitu lebih kukuh, stabil dan lebih cantik. Tetapi air yang mendapat kata-kata dan emosi negatif pula seperti kemarahan dan kebencian menunjukkan struktur molekul yang tidak kukuh, tidak stabil malah tidak cantik. Struktur molekul air ternyata berubah-ubah bergantung terhadap perasaan manusia di sekelilingnya. Jika air yang memiliki struktur molekul yang baik, ia akan memberi impak yang positif bagi manusia contohnya air yang diberi doa atau air yang diberkati, maka ianya akan memberikan manfaat 'tuah'.


Bagaimana Cara Bekerja Objek Membawa Tuah?

Cara kerja 'tuah' adalah dengan adanya vibrasi (getaran) energi. Kata kuncinya adalah 'vibrasi' atau getaran yang menghasilkan frekuensi halus. Vibrasi energi mampu mempengaruhi struktur molekul air, itulah yang dikaji oleh Dr. Masaru Emoto. Justeru, sebagaimana molekul air yang dapat dipengaruhi oleh vibrasi, maka vibrasi energi yang memancarkan frekuensi juga dapat mempengaruhi fikiran di bawah sedar seseorang. Vibrasi energi tertentu akan membangkitkan vibrasi energi tertentu pula pada diri seseorang. Lebih tepatnya seseorang akan mengikuti vibrasi energi tertentu dari seorang penyembuh (healer).


Mengapa Batu Dan Kristal? 

Alasan utama kenapa kita menggunakan media kristal dan batuan sebagai alat bantu (tools) dalam teknik Sistem Energi Kristal Pelangi (The Rainbow Crystal Energy System) adalah kerana kristal dan batu memiliki vibrasi semula jadi dan juga boleh diprogram menggunakan teknik mekanik kuantum.


Vibrasi semulajadi: Batu-batuan dan kristal memiliki kemampuan vibrasi secara semulajadi. Sifatnya menguatkan (amplifying) energi di sekitarnya dengan output yang sesuai dengan karakteristik vibrasi batu tersebut. Batu Jade misalnya cenderung merangsang chakra hati, batu obsidian dan hematite lebih kepada merangsang chakra dasar dan sebagainya. Setiap penyembuh (healer) atau pakar energi (energy practicing) kadang-kadang memiliki batu atau kristal mengikut minatnya masing-masing. 

Boleh diprogram: Secara semulajadi, batu kristal memiliki pancaran energi (frekuensi) yang baik untuk kesihatan dan kesejahteraan hidup manusia. Antara Karakteristik batu kristal yang lain adalah memiliki kemampuan untuk menyimpan program dari penyelarasan atau hasil 'energised' menggunakan kuantum mekanik. Contohnya; memprogram untuk menciptakan ketenangan, menyeimbangkan chakra, kesihatan, kecerdasan agar memiliki emosi lebih positif  dan sebagainya. Namun untuk boleh menyembuhkan suatu penyakit tertentu, batu kristal perlu diprogram (dilakukan penyelarasan) secara metafizik agar lebih jauh terpancar frekuensi dan efektif energinya.

Penggunaan batu kristal atau akik sebagai cincin membawa 'tuah' adalah menggunakan prinsip penyelarasan dan vibrasi ini. Kebanyakkan penggunaannya adalah lebih mengetegahkan hal-hal yang biasa anda dengari dan penting contohnya; kristal dan batu untuk  menarik aura rezeki, untuk membasmi sihir, untuk pengasihan dan cinta, untuk penyembuhan dll.

Pilihlah Kristal Mengikut Kehendak Anda!

Saya tidaklah melakukan penyelarasan (memprogram) atau energised terhadap banyak jenis kristal dan batu-batuan. Ini adalah kerana ianya agak mencabar bagi saya untuk mendapatkan kristal dan batu-batuan ini di Malaysia. Cukuplah saya menyelaraskan hanya 4-kategori sahaja iaitu kristal dan batu untuk mewakili pengasihan, kerezekian, penyembuhan, dan spiritual.

Kristal dan Batu Untuk Menarik Rezeki (Pelaris)


Kristal bewarna hijau dan gelang jade berwarna hijau ini memiliki peranan memancarkan getaran frekuensi yang mampu meraih rezeki yang melimpah ruah atau 'money magnet' atau dipanggil 'pelaris' semula jadi. Ianya sesuai untuk mereka yang berniaga atau bekerja dengan majikan. Kristal dan batu ini telah di-energised secara mekanik kuantum menyebabkan frekuensi dan getarannya menjadi jauh berkali-kali ganda lebih kuat!

Saiz kristal: 7cm
Saiz gelang: 19cm
Harga setiap satu: RM250

Kristal dan Batu Untuk Pesona Diri (Pengasihan)


Kristal bewarna pink rose dan gelang batu berwarna pink rose ini memiliki peranan memancarkan getaran frekuensi yang mampu meningkatkan pesona diri dan menyembuhkan trauma jiwa. Ia juga dipanggil 'alat pengasih' dan sesuai untuk mereka yang perlukan daya cinta kasih yang amat tinggi sama ada dari pasangan (yang sebelum ini tidak mencintai) atau insan sekeliling. Kristal ini telah di-energised secara mekanik kuantum menyebabkan frekuensi dan getarannya menjadi jauh berkali-kali ganda lebih kuat!

Saiz kristal: 7cm
Saiz gelang: 19cm
Harga setiap satu: RM250

Kristal dan Batu 7-Warna Pelangi Untuk Kesihatan (Penyembuhan)


Kristal bewarna 7-warna pelangi dan gelang batu 7-warna pelangi bersama batu hematite memiliki peranan memancarkan getaran frekuensi yang mampu meningkatkan aura penyembuhan secara fizik dan rohani secara kuat. Ia amat sesuai untuk mereka yang ingin sentiasa sihat, mahu kuruskan badan (untuk gelang batu 7-warna pelangi bersama batu hematite), untuk mempercepatkan proses kesembuhan segala jenis penyakit (fizikal dan mental), serta apa-apa jua hajat sekalipun. Kristal ini telah di-energised secara mekanik kuantum menyebabkan frekuensi dan getarannya menjadi jauh berkali-kali ganda lebih kuat!

Saiz kristal: 9cm
Saiz gelang: 19cm
Harga setiap satu: RM350

Batu Labradorite Untuk Kerohanian (Kuasa Spiritual)


Batu labradorite dan gelang labradorite perak (silver) ini memiliki peranan untuk meningkatkan lagi kekuatan psikik dan kerohanian di dalam diri seseorang secara metafizik. Melancarkan fokus dalam meditasi/muraqabah, meningkatkan tahap intuisi/ilham, memiliki daya pancaindera ke-6 yang kuat, mempermudahkan untuk telepati (telepathy), terawangan (clairvoyance) dan juga meraga sukma (out of body experience). Kristal ini telah di-energised secara mekanik kuantum menyebabkan frekuensi dan getarannya menjadi jauh berkali-kali ganda lebih kuat!

Berat batu: 60g
Saiz gelang: 19cm
Harga setiap satu: RM450

Bagaimana Cara Untuk Memilikinya?

Apa yang anda perlu lakukan adalah percaya, yakin dan sentiasa memakainya atau membawanya kemana-mana sahaja. Untuk memilikinya mudah sahaja, anda hanya perlu nyatakan;

1. Nama penuh:
2. Jenis kristal atau batu:
3. Jumlah pesanan:
4. Alamat:
5. Nombor telefon:

Kemudian whatsapp saya di: 0109199110
Saya akan hantar kepada anda dengan segera! (jika masih ada stok).


Aura Penyembuhan Batu Dan Kristal Di Dalam Islam

Sebagai orang yang beragama, kita semua meyakini bahawa segala sesuatu terjadi di atas kehendak Allah Taala. Keberadaan batu dan kristal yang boleh digunakan untuk penyembuhan haruslah dipercayai dengan bijaksana. Saya meyakini bahawa Allah Taala menolong manusia melalui pelbagai perantara. Perantara itu boleh menjadi seorang doktor, seorang guru, melalui ubat-ubatan, ramuan tradisional atau boleh juga melalui terapi batu dan kristal. Terapi batu dan kristal bukanlah bermakna kita menyembahnya! Terapi batu dan kristal hanyalah suatu perantara dan usaha untuk mendapatkan kesembuhan yang kita harapkan. Dengan demikian, bolehlah disimpulkan bahawa terapi batu dan kristal adalah cara penyembuhan sesuai dengan keyakinan insan beragama.

Share:

Tuesday, 6 November 2018

Produk Metafizik | Garam Mandian Aura


Produk Metafizik | Garam Mandian Aura



Apakah Garam Mandian Aura?

Sebelum menghuraikan mengenai garam mandian aura, anda perlu menjawab persoalan dahulu; adakah anda pernah mengalami sengal-sengal di mana-mana anggota tubuh badan dan lalu anda sediakan air garam untuk rendamkan kaki atau mana-mana anggota tubuh itu ke dalam air garam tersebut? Tidak berapa lama setelah itu, segala lenguh-lenguh dan tidak sedap urat terus hilang atau surut betul? Itu baru hasil rendaman garam biasa, belum lagi garam mandian aura.

Seperti mana yang anda tahu, garam mandian biasa di pasaran (bukan garam mandian aura) agak berkhasiat di dalam perubatan tradisional di mana ia mampu:

1. Melancarkan peredaran darah seluruh tubuh,
2. Membantu membuang toksin dan dapat mengelakkan virus,
3. Melegakan sakit atau sengal otot dan sendi
4. Mengurangkan sakitan kaki setelah seharian berdiri / berjalan,
5. Membantu merawat tumit kaki yang merekah,
6. Mengurangkan pening, migrain dan angin,
7. Menghilangkan gatal-gatal, kaki berair (kulat air), kaki berbau,
8. Mengurangkan kesakitan dari sakit gout.

Sudah tentu anda amat kagum dengan khasiat garam biasa di atas betul? Itu baru khasiat garam biasa, masih belum dirungkai khasiat garam mandian aura. Garam mandian aura pula adalah dari jenis garam bukit himalaya yang telah pula dimasukkan bio-energi (penyelarasan) secara mekanik kuantum dan menambahkan lagi khasiat pada garam tersebut berkali-kali ganda! Medan energi di tubuh anda akan memancarkan aura yang amat kuat dan besar setelah amalkan mandi garam ini.

Dengan energi mandian garam aura ia mampu menyelusuri dan mengetahui keadaan tubuh anda yang mengalami penyakit sebelum anda menyedarinya sendiri iaitu melalui struktur dan vibrasi energi yang dihasilkan oleh tubuh anda itu.


Apakah Khasiat Mandian Garam Aura Ini?

Selain khasiat secara tradisional seperti yang dinyatakan seperti di atas, garam mandian aura ini juga telah diberikan penyelarasan mekanik kuantum khas dan fungsi setiap garam pula adalah berbeza mengikut warna garam. Di bawah adalah khasiat/kelebihan tambahan bagi setiap jenis garam mengikut warna:

1. Garam Aura Turquoise:
Untuk menyembuhkan masalah anxiety (ketakutan), tekanan/stress, insomia atau sukar tidur malam dan mampu memberikan ketenangan yang nyata.

2. Garam Aura Merah Jambu (Pink):
Membangkitkan aura pesona diri, akan dikasihi ramai insan. Jika belum ditemukan jodoh insyaAllah akan ramai datang memikat atau tertarik.

3. Garam Aura Jingga:
Khas untuk mencerdasan minda, menambahkan keyakinan diri dan karisma. Sentiasa bersemangat  serta bermotivasi tinggi dalam pembelajaran atau pekerjaan.

4. Garam Aura Ungu:
Mengelakkan gangguan tidur seperti ditindih atau alami mimpi yang menakutkan, pendinding diri dari gangguan jin jahat, menambah baik intuisi serta rohani/spiritual.

5. Garam Aura Hijau:
Memancarkan aura penarik rezeki yang melimpah ruah, meningkatkan produktiviti, menjadikan diri sebagai pelaris, mempercepatkan proses penyembuhan jika mengalami sakit.


Bagaimana Cara Untuk Menggunakan Garam Mandian Aura Ini?

Mandian: Campurkan 5-sudu besar atau 100 gram garam mandian aura ke dalam baldi air biasa/suam atau air bercampur ais. Selepas mandi bersabun serta telah dibilas, barulah mandi air mandian garam aura  ini dan biarkan air gara, meresap ke tubuh badan anda selama beberapa minit kemudian bilas dengan air biasa.

Skrub: Bancuhkan secara pekat (blender dahulu garam tersebut) dan lulurkan di seluruh badan atau tempat tertentu yang ingin dirawat dengan garam yang telah di-blender itu. Biarkan sehingga kering selama beberapa minit kemudian bilas dengan air biasa.


Bagaimana Cara Untuk Mendapatkan Garam Ini?

Harga: RM30/pek atau 1kg
Harga pos: RM12


Satu pek anggaran boleh sehingga 10-kali mandian. Jauh lebih jimat berbanding anda mandi di mana-mana pusat rawatan metafizik atau pusat rawatan Islam kerana harga sekali mandi sekitar RM50++. Harga jauh lebih tinggi kerana mereka perlu bayar pekerja, sewa pusat rawatan, bil elektrik dan air.

Untuk membeli Garam Mandian Aura, sila whatsapp ke nombor: wasap.my/60109199110




Share:

Monday, 5 November 2018

Produk Metafizik | Psychotronics - Radionics - Psionics



Produk Metafizik | Psychotronics - Radionics - Psionics



Apakah Psychotronics?


Psychotronics adalah mesin minda yang berasakan teknologi spiritual atau teknologi kerohanian. Ia dijana oleh tenaga bioenergi dari alam semesta yang dimasukkan ke dalam sebuah mesin yang boleh dikawal oleh minda manusia. Terdapat perhubungan antara fizikal dan etheric (medan energi di tubuh badan manusia) di mana etheric itu adalah mesin yang sebenarnya terdapat di dalam minda kita semua. Ia adalah cabang dari kelimuan fizik kuantum (mekanik kuantum) yang paling mendalam.

Psychotronics adalah teknologi yang telah disorok dari pengatahuan masyarakat dunia hari ini kerana ianya terlalu rumit untuk diterangkan disebabkan ia berada di bawah cabang metafizik. Psychotronics boleh menggunakan medium kayu, logam atau apa-apa sahaja elemen alam semulajadi. Ia cuma memerlukan bekalan tenaga alam semesta untuk operasinya dan  tidak akan pernah habis.

Teknologi ini tidaklah sama seperti hardware, komputer, atau mesin yang berharga jutaan ringgit. Itu adalah teknologi zahir yang sememangnya dapat dijana di dalam makmal/kilang. Jadi apakah fungsi psychotronics ini? Jawapanya adalah pelbagai dan akan diterangkan sebentar lagi.


Apakah Radionics?


Radionics adalah keluarga yang sama dengan psychotronics. Radionics adalah mesin yang mampu menghubungkan antara dunia fizikal dengan dunia bukan fizikal. Dunia fizik dengan dunia metafizik tanpa melalui perantaraan khadam, jin, syaitan, astral dan sebagainya (pendek kata tanpa melalui unsur syirik dan khurafat). Ia adalah teknologi metafizik yang sangatlah canggih. Segala-galanya hanya menggunakan tenaga mekanik kuantum dan frekuensi sahaja. Radionics memerlukan 'peta' untuk menyalurkan perhubungan, arah dan informasi dari minda anda untuk mencapai sesuatu matlamat.

Oleh kerana mesin radionics adalah mesin yang hanya memerlukan perhubungan etheric/minda sebagai alatnya, maka ianya tidak memerlukan komponen fizikal yang canggih untuk mengoperasikannya. Sebab itulah teknologi ini disorok dari orang ramai. Contoh aplikasi dari teknologi metafizik ini adalah High Frequency Active Auroral Research Program (HAARP) yang digunakan untuk mengawal cuaca.


Apakah Psionics?


Psionics adalah 'komponen dalaman' di dalam mesin radionics. Radionics berfungsi dengan adanya psionics. Terdapat banyak huraian mengenai psionics, paling mudah kata adalah; psionics adalah jalan untuk menguatkan dan memerangkap energi dengan menggunakan corak yang kondusif. Corak bulatan boleh dikatakan sebagai psionics di alam semulajadi kerana bulatan memiliki beberapa kekuatan getaran energi yang menghasilkan frekuensi, ia turut dipanggil sebagai magnetron amplifier. Semakin banyak koleksi corak bulatan, maka semakin banyaklah energi dan getaran frekuensi yang akan terhasil.

Kelebihan psionics adalah; kita boleh menggunakan tenaga/energi dan frekuensi ini untuk matlamat tersendiri yang tidak terbatas. Corak-corak bulatan (magnetron amplifier) pula adalah untuk menjana energi yang lebih mapan dan anda akan mengecas matlamat anda di tengah-tengah bulatan tersebut.

Di antara kegunaan dan kelebihan aplikasi Psychotronics Radionics Psionics adalah:

1. Menyembuhkan/mencegah diri dari ancaman penyakit/jangkitan,
2. Menghalau serangga yang menganggu di rumah/kebun,
3. Perlindungan diri dari gangguan jin dan orang yang berniat jahat,
4. Mendapatkan ilham dan keilmuan rahsia,
5. Hipnosis minda manusia,
6. Melakukan telepati ke minda manusia yang anda inginkan,
7. Kegunaan untuk ketenteraan,
8. Menyerap tenaga/energi tertentu ke dalam tubuh,
9. Memprogram air dan menukar struktur molekul,
10. Dan lain-lain kelebihan secara mekanik kuantum dan frekuensi.


Contoh-Contoh Psionics Matrix Yang Saya Boleh Janakan:

Untuk menjana psionics matrix ini memerlukan pakar/master yang mahir, yang memiliki kekuatan energi yang tinggi, mampu membuat penyelarasan (attunement) kepada psionics matrix, yang tahu membuat grafik yang sesuai dan juga mahir dalam mengawal frekuensi yang akan terhasil dari psionics matrix kepada insan yang dituju.

Setiap psionics matrix memiliki fungsi yang tertentu, di mana setiap fungsi memiliki 'connection link' yang berbeza, pendulum (bulatan magnetron 12 amplifier) yang berbeza, warna yang berbeza, asma Al-Husna yang berbeza serta numerologi yang turut juga berbeza. Jadi, sebaiknya anda selidiki dahulu psionics matrix apakah yang sesuai bagi diri anda barulah hubungi saya untuk anda memilikinya. 

Cara gunanya amatlah mudah sekali, saya akan cetak kad psionics matrix ini sebanyak 3 salinan dan apa yang anda perlu lakukan adalah hanya tampal sahaja satu salinan di rumah/kedai, satu salinan lagi perlu dibawa ke mana-mana sahaja anda pergi (boleh disimpan di dalam beg duit atau beg tangan) dan salinan terakhir boleh dijadikan simpanan (spare). 

Di bawah ini adalah contoh psionics matrix yang menjadikan diri saya sebagai contoh di dalam kad. Tidak semua contoh di bawah ini saya telah 'activated' atau 'energised' untuk diri saya, senarai di bawah ini hanya sebagai contoh bagi pilihan keperluan anda:

Psionics Matrix | Aura Balance


Digunakan untuk menyeimbangkan aura diri jika tidak seimbang. Warna aura tubuh perlulah seimbang contohnya jika terlebih warna merah akan menyebabkan panas baran dan jika kekurangan warna biru pula akan menyebabkan kegelisahan. Psionics Matrix Aura Balance berguna untuk sentiasa seimbangkan warna aura diri untuk kesejahteraan hidup.
Mahar: RM250

Psionics  Matrix | Good Health


Jika anda menghadapi masalah kesihatan tertentu contohnya seperti selalu pening kepala, lenguh-lenguh badan dll. psionics Matrix Good Health dapat membantu ikhtiar menyelesaikan masalah kesihatan anda dengan pancaran frekuensi yang mampu menyembuhkan. Apa-apa pun saya nasihatkan, janganlah sehingga anda tidak mendapatkan rawatan dari doktor pula. Anda kena seimbangkan antara kaedah rawatan secara fizik dan alternatif metafizik. Digalakkan untuk mendapatkan penyelesaian dari kedua-duanya sekali.
Mahar: RM250

Psionics  Matrix | Women's Elegance


Allah SWT menciptakan kaum wanita ini dengan serba keindahan dan pesonanya yang tersendiri. Psionics Matrix Women's Elegance ini mampu membangkitkan aura pesona wanita yang amat kuat, menjadikan diri sentiasa terasa damai dan tenang, mampu meningkatkan keyakinan diri, meningkatkan karisma serta mampu memiliki daya tarikan yang amat luar biasa. Dalam bahasa moden dipanggil 'hot stuff' tetapi secara aura. InsyaAllah jika masih anak dara, anda boleh ikhtiar mendapatkan jodoh dengan mudah!
Mahar: RM250

Psionics Matrix | Intellectual


Bagi insan yang sedang menuntut ilmu, psionics Matrix Intellectual amat membantu dalam ikhtiar memberikan daya kecerdasan minda dan juga ilham yang tinggi. Sesuai bagi mereka yang hendak menghadapi peperiksaan seperti UPSR, PT3, SPM, yang sedang melanjutkan pengajian di universiti, yang ingin sambung Masters atau PhD dan sebagainya. Para ilmuan dan para guru juga boleh mendapatkan psionics Matrix Intellectual ini agar minda sentiasa pintar dalam menyampaikan ilmu.
Mahar: RM250 

Psionics Matrix | Energy Protection


Jika anda suka mengembara seperti mendaki bukit/gunung, meneroka hutan, pergi ke pulau-pulau, memancing atau anda kerap diganggu jin jahat (seperti selalu mendapat mimpi mengarut malah ditindih pula ketika tidur, selalu nampak kelibat), maka anda digalakkan memiliki psionics Matrix Energy Protection. Ia akan membuat si pemakainya agak sukar dimudaratkan atau dicelakakan oleh apa sahaja ciptaan yang tercipta dari unsur tanah, air, api, angin dan unsur alam halus/ghaib. Ini bukanlah sejenis tangkal atau azimat, ini adalah ikhtiar teknologi metafizik yang menggunakan frekuensi halus.
Mahar: RM250

Psionics Matrix | Love Affair


Psionics Matrix Love Affair ini digunakan untuk memekarkan lagi perasaan cinta dan perhubungan bagi pasangan lelaki dan wanita (untuk pasangan sejenis/homoseksual juga turut boleh dijanakan tetapi saya tidak mahu masuk ke neraka jahanam kerana tujuan anda itu, maafkan saya). Ia menggunakan frekuensi energi venus yang merupakan simbol bagi energi cinta yang sangat hebat. Anda juga boleh gunakan untuk ikhtiar dalam meminang seseorang atau ingin mengenali seseorang (jika bimbang bertepuk sebelah tangan) dll.

Pesanan: Saya tidak menggalakkan anda menggunakan psionics ini terhadap ex- anda yang amat membenci anda. Biarkan ex- anda itu memilih kebahagiaan dengan pilihannya sendiri. Rawatannya adalah, saya hanya perlu putuskan sahaja energi etheric cord yang tersalur (link) dari chakra jantung anda yang bersambung pada diri ex- anda itu. Setelah itu, anda boleh lupakan ex- anda dengan tenang (move on) dan boleh cari pengganti dengan cepat.
Mahar: RM250

Psionics Matrix | Khatim Sulaiman


Fungsi utama psionics Matrix Khatim Sulaiman adalah untuk ikhtiar memancarkan energi frekuensi daya tarikan rezeki yang amat kuat dan melimpah ruah, insha'Allah. Mengikut bahasa tradisionalnya adalah sebagai 'pelaris' yang bukan berbentuk tangkal atau azimat (yang menggunakan bantuan jin). Gambar rajah pada psionics Matrix Khatim Sulaiman itu adalah doa Jaljalut yang memiliki khasiat (fadilat) energi rezeki atau penarik rezeki (money magnet) yang hebat malah lebih bagus jika anda mengamalkan ayat tersebut selalu (tidaklah wajib). Ia sesuai digunakan oleh sesiapapun samada ada ahli perniagaan atau orang yang bekerja dengan majikan.
Mahar: RM450

Psionics Matrix | Cintamani


Psionics Matrix Cintamani adalah psionics matrix yang multi-fungsi selalunya digunakan dalam ikhtiar pengasihan iaitu untuk disayangi ramai orang. InsyaAllah segala hajat dan keinginan anda akan mudah direalisasikan kerana pancaran frekuensi positifnya yang mampu memberi getaran energi (quantum mechanic vibration) yang amat kuat sekali ke dalam diri anda lalu melancarkan lagi hukum daya tarikan (law of attraction) terhadap sesuatu hajat atau impian. Anda tidak perlulah membaca doa Naga Cintamani (atau dipanggil Ular Cintamani) ini kerana psionics matrix ini akan terus terhubungan (link) frekuensinya ke tubuh anda secara automatik.
Mahar: RM450

Bagaimana untuk mendapatkannya?

Boleh hubungi saya melalui whatsapp: wasap.my/60109199110 (Anwar Suran)

Saya akan cetak satu kad bersaiz 18cm x 18cm (untuk ditampal di rumah atau kedai) dan dua salinan lagi bersaiz 10cm x 10cm untuk dibawa kemana-mana sahaja dan dijadikan simpanan. Kad akan di-laminate agar tahan lasak dan kalis air. Ianya sangat cantik dijadikan hiasan sekali.

Segala persoalan boleh hubungi saya di talian di atas. Terima kasih!

Share:

Thursday, 10 March 2016

Selamat Datang ke www.anwarsuran.com


Assalamualaikum wbt,

Selamat datang ke website www.anwarsuran.com! Segala informasi penting mengenai metafizik akan ditulis di dalam website ini adalah dari sudut perspektif Islam insyaAllah. Saya akan susun cara penulisan dengan sebaiknya agar mampu memberi kefahaman yang mudah serta menarik minat pembaca tidak kira usia apa pun.

Bidang metafizik ini amatlah meluas sekali sehingga tidak tercapai akal. Logik pemikiran rakyat Malaysia adalah; apabila disebut sahaja istilah metafizik mesti ramai yang terfikir mengenai kiraan nombor tarikh lahir sedangkan skop metafizik bukanlah sekadar pernomboran semata-mata. Justeru, bidang pernomboran adalah skop yang paling kecil di dalam dunia metafizik jadi saya akan kurangkan menulis mengenai itu.

Di website ini saya akan tekankan mengenai metafizik kerohanian dan energi kerana inilah skop yang paling utama di dalam dunia metafizik. Oleh kerana bidang metafizik adalah sesuatu yang membatasi hukum fizik dan tidak boleh pula dikaji di makmal, maka saya harap anda semua jangan 'sumbatkan' minda anda dengan berfikiran negatif terhadap segala apa yang ditulis oleh saya di sini. Insha'Allah saya tidak akan memasukkan unsur-unsur yang terseleweng dari akidah.

Segala ilmu dan kebaikan datangnya daripada Allah SWT, dan segala kelemahan pula adalah datangnya dari diri saya sendiri. Saya adalah manusia biasa yang melakukan dan terlakukan banyak khilaf, jadi sama-sama kita belajar dan terus belajar sehingga kita semua menutupkan mata untuk kali terakhir insyaAllah. Apa-apa pun, boleh hubungi saya di talian 010-9199110 samada untuk pengijazahan atau rawatan metafizikSekian, terima kasih!


Share:

Penulisan Popular

Ikuti Facebook Saya